TEAM BOWLING UTHM KE KEJOHANAN MASUM

By Zulasri Ashaari - August 09, 2017

Bulan lepas Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menghantar sepasukan atlet untuk mewakili universiti ke Kejohanan MASUM 2017. Kejohanan ini dilakukan setiap tahun dimana terdapat banyak acara sukan yang dipertandingkan. Tahun ni aku terpaksa menjalankan latihan industri. Kena minta izin daripada syarikat untuk diberi pelepasan. Syukur Alhamdulillah, bos benarkan untuk saya sertai kejohanan ini. Tak dapat bayang kalau tak dapat join game ni. Dah la final year, tak tau bila lagi dapat peluang seperti ini. Seperti biasa, tiada sukan lain yang boleh saya join selain Ten-Pin Bowling. Game dijalankan di Bangi Gateway. Memula tu susah gak nak join sebab terlalu banyak halangan ditambah dengan tiket kapal terbang yang sangat-sangat mahal. Rm800 sehala beb. Mana saya nak cari duit sebanyak itu? Hahaha.. Untuk dapat tiket murah, terpaksa saya naik kapal dari daerah lain. Banyak beza wei, dari RM800 jadi RM200. Tiket bas untuk ke daerah sebelah RM15 je. Hahaha

Syukur Alhamdulillah, walaupun banyak halangan yang menimpa, saya berjaya juga sampai ke Bangi. Kitorang stay kat Hostel Universiti Kebangsaan Malaysia. Selesa gak dan besar. Kejohanan berlangsung macam biasa dan untuk single event semua kecundang. Takde rezeki. Tapi Alhamdulillah diberi Pingat emas bagi acara Masters Perempuan daripada Nabilah dan Pingat gangsa bagi acara berkumpulan lelaki.

Syukur dapat gangsa untuk Team Event.

Hari perasmian Karnival Sukan Masum

Bersama Pasukan Sabah

Pasukan Bowling Lelaki UTHM

ZULASRI : Sekarang tengah bersedia untuk SUKIPT 2018 pula ! Goodluck Guys !


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah