TRIP AIR TERJUN 7 PUTERI GUNUNG LEDANG

By Zulasri Ashaari - June 03, 2017

Dengan projek yang berlambak, kerja yang tak pandai habis dan macam-macam masalah adalah satu benda yang biasa dihadapi oleh student macam aku ni. Then malam tu ada member ni ajak untuk tenangkan hati, rehatkan minda dan kosongkan fikiran daripada kerja-kerja yang bertimbun tu dengan mandi air terjun. Woooo !! Sounds good right ?! Aku tanpa fikir panjang memang ON je la dengan plan tu. Kalau kat Sabah dulu, hampir setiap minggu pergi air terjun dengan member-member. Semenjak duduk Semenanjung ni jarang sikit nak ada peluang main-main air ni. Hiks

Memandangkan aku tak pernah jejak kaki ke Gunung Ledang, aku tak tahu sangat keadaan disana. Yang aku tau tempat tu ada verita disebalik lagenda Puteri Gunung Ledang. HEHEHE kot-kot dapat jumpa kan..hihihi Okay berbalik pada cerita, masa perjalanan tu macam-macam alat yang aku bawa. Member lain okay je pakai selipar, aku punya semangat tu sampai kasut hiking pun aku bawa. Yelaa, dah tanya-tanya member sebelum nak ke air terjun tu, kena hiking dulu. Hiking tak jauh pun, dalam 30-45 minit dah sampai. Bergantung dengan orang yang kau bawa. Haritu kami gerak dengan member pompuan, jadi perjalanan tu lambat sikit la. Dengan bawa bekalan makanan lagi. Hihihi by the way roti yang Amy buatkan tu sedap namatey ! Thanks Amy hihihihi. Selepas 30 minit perjalanan, yeayyy ! Finally dah sampai hehe.. Alhamdulillah tak ramai orang sangat, jadi boleh la mandi sepuasnya kat sana. hehehe







ZULASRI : Next time kena datang lagi. Cuaca panas memerlukan air terjun yang sejuk. Hihi



Jom Terjah Story Ni Pula :
Menara Tiananmen Projek Bahasa Asing
Jelajahi Kinabalu Park
Kionsom Waterfall
Kebaikan dan Keburukan Internet
Tips Cuti pertengahan Semester

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah