Thursday, March 17, 2016

HOT AIR BALLOON FIESTA 2016

Hot Air Ballon Fiesta merupakan program yang sering diadakan di Malaysia. Keunikan dan kemeriahan pesta ini menarik minat pelancong dan golongan muda untuk datang mencuba sendiri menaiki belon ini. Aku pun tidak terkecuali, minggu lepas aku datang ke Putrajaya semata-mata untuk mencuba dan mengambil pengalaman menaiki benda ni. Banyak pakej yang ditawarkan oleh mereka mengikut jenis belon dan masa menaiki belon tersebut. Aku ambil yang paling murah je iaitu RM30 dimana ia merangkumi pas masuk menaiki belon dan breakfast. Memandangkan aku datang petang, breakfast tidak disediakan. Pas masuk biasanya valid selama sebulan. Jadi bolehlah guna bila-bila masa selagi pesta ni masih di Malaysia. Masa yang diberi untuk berada diatas hanya 10 minit dimana kita boleh menikmati pemandangan dan info serba sedikit mengenai penghasilan hot air balloon ni.

 Pintu utama bagi Skyrides untuk ballon RM30

















2 ORANG GADIS YANG BANYAK MEMBANTU DALAM MENJAYAKAN PERJALANAN AKU DAN AMMAR ! THANKS WANY DAN BOSS ! HEHE

Berkenalan pula dengan geng Boss dan Wany. Tak silap Geng MMS. Haha Syafiq dan awek sorang tu dah lupa namanya. haha
Nak menunggu naik belon tu bukan main lama lagi. Selpie sikit.

 



  
Akhirnya selesai perjalanan untuk menaiki belon.     

Abaikan apa yang aku makan sepanjang berada disana. Hahaha


ZULASRI : Thanks to Wany & Boss sebab sudi bawa kami jalan-jalan sampai pukul 2 pagi.. hehee



Monday, March 07, 2016

BIASISWA UNTUK LEPASAN SPM DAN STPM 2016/2017

Tahniah buat adik-adik yang baru sahaja menerimah keputusan SPM/STPM beberapa minggu yang lalu. Alhamdulillah, kini bermulalah pula fasa baru dalam kehidupan adik-adik. Habis je SPM/STPM, mesti sibuk nak sambung belajar kan? Banyak IPTA/IPTS di Malaysia ni menawarkan khusus-khusus dari pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan dan perniagaan.

Dan untuk sambung belajar ni bukanlah satu benda yang mudah dan murah. Ia memerlukan banyak kos untuk membayar pengajian, asrama dan yuran pelbagai. Stress juga dengan bayaran yang banyak tu. Sebab itulah pelajar banyak memohon untuk meminjam daripada PTPTN. Tidak semua pelajar mampu untuk menyambung pelajaran. Dulu aku pun ambil PTPTN sebelum mendapat biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM ). Aku tau bertapa sukar untuk menyambung pelajaran ni, aku terpaksa kerja untuk membayar yuran sebelum PTPTN aku diluluskan.

Jadi, buat adik-adik yang baru masuk tu, disini ada beberapa link biasiswa yang anda boleh mohon. Sekurang-kurangnya dapatlah juga meringankan beban anda untuk belajar kan.

Senarai Biasiswa 2016 Untuk Lepasan SPM/STPM

Kerana itu, saya cuba senaraikan peluang untuk mendapatkan sokongan kewangan daripada sumber-sumber seperti NGO, syarikat antarabangsa, syarikat tempatan, badan berkanun dan juga sektor awam serta swasta. Moga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak memberikan laluan lebih baik untuk mereka yang mahu menyambung pelajaran di dalam bidang yang diinginkan.


  • Biasiswa DYMM Agong - JPA 2016

 

Permohonan secara online akan mula dibuka pada 7 Mac sehingga 18 Mac 2016. Permohonan serta keterangan berkaitan biasiswa ini boleh didapati menerusi pautan berikut - Portal Pembangunan Modal Insan SPA. Untuk lepasan SPM 2015 yang berminat untuk sambung belajar ke Jepun, Korea, Perancis atau Jerman, boleh lihat iklan dan syarat permohonan di sini - Program Khas Kejuruteraan 2016

  • Biasiswa PETRONAS - Program PESP

 

Permohonan perlu dilakukan secara online menerusi pautan berikut - Petronas Education Sponsorship Programme. Tutup: 10 Mac 2016.

  • Biasiswa Bank Negara Malaysia 2016

 

Permohonan secara online, tarikh tutup permohonan adalah 9 Mac (Pra-Universiti) dan 30 April (Ijazah). Permohonan boleh dibuat menerusi pautan ini - BNM 2016 Scholarship

  • Biasiswa UEM

 

Tarikh tutup permohonan adalah 20 Mac 2016. Dikhaskan untuk permohonan program Ijazah di IPT berikut - Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Semua cawangan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Multimedia University (MMU). Info dan maklumat berkaitan permohonan biasiswa boleh dirujuk menerusi pautan berikut - UEM Scholarship 2016

  • Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2016

 

Biasiswa untuk lepasan SPM 2015 melanjutkan pengajian di luar negara. Info berkaitan biasiswa ini boleh anda lihat di pautan berikut - Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2016. Borang pula boleh anda muat turun di pautan berikut -  Borang Permohonan Biasiswa PNB 2016. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Mac 2016.

  • Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2016

 

Ada banyak senarai biasiswa dan pinjaman boleh ubah yang diberikan menerusi Yayasan Tenaga Nasional. Ia meliputi program Diploma serta Ijazah Sarjana Muda luar dan dalam negara. Tarikh tutup permohonan bergantung kepada jenis permohonan yang anda buat. Untuk info lebih lanjut serta cara memohon biasiswa ini, anda boleh rujuk ke laman berikut - Permohonan Biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan TNB 2016

  • Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (TM) 2016

 

 Permohonan adalah dibuka untuk 3 kategori, iaitu untuk dalam negara, luar negara dan juga kemasukan ke Ijazah Pertama MMU. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Mac 2016. Untuk permohonan, anda boleh lakukan secara online menerusi pautan berikut - Permohonan Online Biasiswa YTM. Butiran mengenai biasiswa ini, anda boleh baca di laman web rasmi TM atau pautan berikut - Talent-A Yayasan TM Scholarship 2016

  • Program Biasiswa Yayasan Sime Darby 2016 

 

Permohonan sedang dibuka untuk mereka yang layak bagi mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Sime Darby untuk beberapa program terpilih. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 April 2016. Program tersebut adalah YSD Excellence Scholarship Programmes,
YSD Bursary Programmes dan YSD Skill Enrichment Programmes. Info lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut - Biasiswa Yayasan Sime Darby Malaysia 2016


  • Maybank Scholarship Award 2016

 


Permohonan dibuka untuk calon SPM 2015 yang layak sebelum 20 Mac 2016. Anda boleh rujuk laman web berikut untuk permohonan - Maybank 2016 Scholarship Award dan muat turun borang permohonan biasiswa ini di pautan berikut - Borang Biasiswa Maybank 2016

  • Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan 


Terbuka hanya untuk anak-anak Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Pertama di IPT tempatan. Untuk info lanjut dan tarikh tutup permohonan boleh lihat di laman web berikut - Yayasan WP, terdapat juga bantuan awal untuk memulakan pengajian, dan beberapa bantuan lain untuk pendidikan.


  • Biasiswa Intel 


Untuk memohon biasiswa ini, anda perlu muat turun dan isi borang yang disediakan di sini - Borang Biasiswa Intel, kemudian menghantarnya menerusi email berserta resume, kelayakan akademik anda ke email berikut - malaysia.staffing@intel.com. Biasiswa sebanyak RM10K setahun akan diberikan bagi ijazah sarjana muda.

  • The Star Education Fund 2016 


Permohonan boleh dilakukan menerusi muat turun borang yang disediakan menerusi pautan berikut - Form The Star Education Fund 2016 dan hantar secara pos ke alamat yang disertakan di dalam borang sebelum 18 Mac 2016.

  • Biasiswa Yayasan Khazanah


Ada pelbagai program pembiayaan disediakan oleh Yayasan Khazanah, anda boleh memilih mana yang sesuai dengan kelayakan anda. Untuk info, permohonan online sebelum 20 Mac 2016, boleh layari laman web berikut - Permohonan Online Biasiswa Yayasan Khazanah

  • Biasiswa PIDM 2016

 



Biasiswa diberikan meliputi yuran pengajian serta wang sara hidup untuk calon-calon yang layak. Mereka yang layak untuk menerima biasiswa ini akan diberikan wang sara diri sehingga RM500 sebulan untuk menampung perbelanjaan harian seperti makan minum, belanja buku, dan sebagainya. Untuk memohon dan butiran lanjut mengenai tawaran Biasiswa PIDM 2016, boleh rujuk laman berikut - PIDM Scholarship 2016, tarikh tutup permohonan adalah pada 18 April 2016.

  • Biasiswa Tunku Abdul Rahman 

 

Satu lagi sumber bantuan kewangan untuk lepasan SPM/STPM melanjutkan pengajian untuk sesi pengajian 2016/2017. Kepada yang berminat untuk memohon biasiswa ini, anda boleh layari laman web berikut - Biasiswa Tunku Abdul Rahman, malah terdapat bantuan kewangan untuk 2 semester disediakan bagi yang terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan semasa.

  • Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi

 

Beberapa peluang biasiswa dan pinjaman ada ditawarkan oleh KPT Malaysia, anda boleh semak penawaran menerusi laman web berikut - Biasiswa MOHE

Ada banyak lagi peluang untuk memohon peruntukan, pinjaman serta biasiswa pendidikan bagi lepasan SPM serta STPM. Anda perlu rajin mencari samada melihat di akhbar tempatan, melayari portal organisasi tertentu atau membuat Google Search. Ada yang boleh anda mohon secara online, ada yang perlu mengisi borang dan dihantar secara pos.

Peluang pembiayaan pendidikan juga boleh didapati menerusi Baitulmal, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam, malah syarikat-syarikat seperti Karangkraf, Media Prima, NSTP, dan sebagainya.

Usaha tangga kejayaan. Semoga berjaya.


Sumber Asal: Senarai 15 Tawaran Biasiswa 2016 Untuk Lepasan SPM/STPM 



ZULASRI : Boleh baca juga TIPS INTERVIEW BIASISWA



Jom Terjah Story Ni Pula :

TEAM BOWLING UTHM KE KEJOHANAN MASUM

Bulan lepas Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menghantar sepasukan atlet untuk mewakili universiti ke Kejohanan MASUM 2017. Kejoha...