Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

SUKIPT 2016 : 2 Days Left

SUKIPT 2016 2 hari je lagi ? OMG ! OMG ! Perlukah aku excited atau gembira? Selama 2 minggu berturut-turut mengadakan fitness dan latihan, tak lama lagi nak masuk hari pertandingan. Cepat je masa berlalu. Bermula 21 Januari hingga 24 Januari 2016, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengadakan latihan pusat bersama-sama atlet UTHM yang lain di sekitar Stadium UTHM. Segala kelengkapan seperti makanan dan penginapan disediakan oleh Pusat Sukan UTHM. Disini atlet diminta untuk berlatih , gym , fitness dan lain-lain untuk meningkatkan prestasi sebelum game bermula. Selain itu, akan ada beberapa kelas juga untuk meningkatkan kemahiran atlet dari segi mental dan fizikal termasuk juga tips pemakanan. 
Setakat ini, perjalanan latihan bagi atlet tenpin bowling berjalan dengan lancar. Jurulatih memberi banyak dorongan dan bimbingan sepanjang latihan berlangsung. Selain itu, kami juga diberi beberapa game pendedahan untuk memberi semangat berpasukan dikalangan kami since game boling juga termasu…

Tonton Bajrangi Bhaijaan online

Dikala semua orang sibuk membincangkan dan tak boleh move on dengan cerita filem Dilwale, tanpa kita sedari ada satu lagi filem yang hebat lakonan mantap Salman Khan dan Karena Kapoor Khan iaitu Bajrangi Bhaijaan. Filem ini juga merupakan filem yang bersaing dengan filem Dilwale lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol.

          Fokus kepada Bajrangi Bhaijaan, filem ini merupakanfilem komedi-drama arahan KabirKhan dan dihasilkan oleh Salman Khan Sendiri. Cerita ini mengisahkan Bajrangi ( Salman Khan ), seorang hambasetiadewaHindu,Hanuman yang mempunyai cita-cita dan harapan untuk berkahwin dengan Rashika ( Karena Kapoor ). Dan pada masa yang sama, ayah kepada Rashika juga sangat tidak menyukai agama lain selain agamanya sendiri. Konflik cerita ini bermula apabila ia menemui dan mengambilgadis Pakistanberusia enam tahun(Malhotra) yang terpisah dari Pakistan ke India. Dan pada masa yang sama, berlaku pergelutan diantara kedua-dua negara itu. Permasalahan kepada Bajrangi bermula apab…

HATI YANG DISAKITI

" You have to believe in yourself when no one else does- that makes you a winner right there."
Nampaknya bumi Parit Raja semakin sunyi. Tanpa pelajar, kawasan ini seperti mati. Seperti biasa, takde benda yang nak buat kat sini. Since member pun dah ramai balik, nak ajak lepak pun memang mustahillah. Kat hostel ni pun tinggal aku seorang je. Melayan movie, melayan musik dan berblog. Jadi jangan hairan kalau aku tetiba rajin nak usha blog korang sorang-sorang ok. Hehehe Dah banyak waktu free ni, tibalah masa untuk aku tingkatkan balik trafik blog ni kan. Tengok pun dah kesian dengan blog sendiri. Dah lama mereput. Haha

Well tounament makin dekat. Tekanan pun makin banyak. Tekanan training, tekanan pengurusan pasukan,tekanan team dan macam-macam tekanan lagi. Ntah kenapa, semakin dekat dengan tounament semakin banyak orang nak kecil hati. Susah juga sebenarnya nak jaga hati semua orang. Tak semua yang kita buat akan buat orang happy, tapi kita berusaha untuk membuat yang terbaik.…

KEJADIAN BOM DI JAKARTA DIRANCANG?

Buka Twitter , Facebook, Blog dan semua media sosial sibuk membincangkan isu pengeboman di Jakarta. Tidak kurang yang memberi pelbagai spekulasi mengenai isu ini. Takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.Semoga mereka banyak bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Selebihnya biarlah pihak berkuasa Indonesia menyelesaikannya. Semoga masyarakat disana baik-baik sahaja dan dilindungi oleh Allah S.W.T. Amin.

Berita Selanjutnya : SINI DAN SINI

ZULASRI : Tanda-tanda dunia nak kiamat. Matikanlah aku dalam keimanan ya Allah. huhuhu


Jom Terjah Story Ini Juga :
Kebaikan Dan Keburukan InternetBagaimana Tubuh Kita Beroperasi?Slaid "Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran"Cara mengharumkan kentutCara Pindah Tempat MUET

Be Like Bill , Jadilah seperti Rashid Jadi VIRAL

Dengan perkembangan teknologi yang kini bergerak dengan pantas, ramai dikalangan kita terlalu obses dengan teknologi.  Kali ini viral pula mengenai Be Like Bill, Jadi lah seperti Rashid dan macam-macam lagi. Kita sekarang ni lebih suka mengikut trend. Apa yang barat buat kita pun ikut sama. Tak tahu la zaman akan datang ni macam mana.


ZULASRI : Kan bagus kita jadikan Nabi Muhammad S.A.W Sebagai contoh. Sharing Is Loving.

Jom Terjah Story Ini Juga :
Kebaikan Dan Keburukan InternetBagaimana Tubuh Kita Beroperasi?Slaid "Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran"Cara mengharumkan kentutCara Pindah Tempat MUET

BERMULANYA CUTI SEMESTER

HIP HIP HORREYYYY !


Dengan berakhirnya Paper Elektromagnet sebentar tadi, maka berakhirlah sudah peperiksaan aku semester ini. Alhamdulillah, tak sangka sekarang dah masuk tahun kedua aku berada di UTHM. Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat. Pejam celik pejam celik je dah habis semester 3. Harap keputusan peperiksaan semester ini baik seperti semester sebelumnya. Pelajar pun dah mula packing barang untuk balik ke kampung halaman masing-masing, sementara aku masih mereput di Kolej Kediaman Taman Universiti untuk bertarung di kejohanan Sukipt nanti. Harap pengorbanan ini berbaloi. Selamat bercuti semua !! Jumpa semester hadapan. :)

ZULASRI :  Luangkanlah masa cuti anda bersama-sama keluarga. Jangan nak berjalan je kerja. huhu


JOM TERJAHSTORYNI PULA :  Hukum mewarnakan rambut dalam Islam.Perbezaan cara sebat dalam islam dan sivil.Hukum Mengambil Gambar.Sebab Kita Solat Menghadap Kaabah.Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan.

SUKIPT 2016 Universiti Teknologi Malaysia ( UTM )

Pejam celik, pejam celik, debaran Sukan Institusi Pengajian Tinggi kian terasa. SUKIPT Kali ini merupakan kejohanan yang ke-3 dilakukan dan Kejohanan besar-besaran ini dilakukan 2 tahun sekali. Penganjuran Kejohanan ini diadakan secara dwitahunan dan diselang-selikan dengan penganjuran Karnival Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA). Bagi penganjuran edisi ketiga, kontinjen jemputan untuk kejohanan ini ditambah dengan jemputan antarabangsa melibatkan negara-negara dalam Asia Tenggara selain turut mempertandingkan beberapa acara sukan untuk atlet kelainan upaya (OKU). Penganjuran SUKIPT merupakan satu usaha Kementerian untuk membangunkan dan memajukan lagi sukan di peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa secara bersepadu. Penyertaan untuk sukan ini adalah terbuka kepada semua atlet IPT di Malaysia. 
Dan untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, SUKIPT tahun ini dikendali oleh Universiti Teknologi Malaysia yang bertempat di Skudai Johor. Dan Alhamdulillah saya terpilih u…