Mid Night Movie - The Hunger Games : Mockingjay Part 2


Siapa yang dah tengok Hunger Games Mockingjay Part 2 ? Aku baru je tengok benda ni semalam kat MBO Batu Pahat Mall. Cerita ni merupakan kesinambungan cerita sebelumnya. Bagi aku, jalan ceritanya memang best sebab boleh membuatkan team aku terkejut sambil menjerit secara comel hahaha.. Tapi aksi untuk siri kali ni agak kurang. Ceritanya banyak kepada percakapan yang membuatkan aku rasa nak tertidur. Dah la tengok lewat malam. Sedikit cerita mengenai movie ni. Menyedari kepentingan tidak lagi hanya untuk terus hidup, Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) bersama rakan-rakan terdekat beliau, termasuk Peeta (Josh Hutcherson ), Gale (Liam Hemsworth ) dan Finnick berazam untuk menamatkan misi mereka sehingga titisan darah yang terakhir. Mereka bersama-sama meninggalkan Daerah 13 untuk membebaskan rakyat yang dilanda perang Panem disamping mahu membunuh Presiden Snow yang juga orang yang taksub mahu membunuh Katniss . Presiden Snow telah merancang pelbaagai perangkap untuk menggagalkan misi mereka semua. Adakah Katniss akan selamat dalam peperangan ini? Apa perangkap yang telah dirancang oleh Presiden Snow? Kalau nak tahu, bolehlah pergi mana-mana panggung wayang terdekat untuk menonton filem ini. Kalau nak murah, pergi hari rabu.. hehehehe

 

ADMIN :  Comel je tengok Katniss Everdeen :))

 

JOM TERJAH STORY INI JUGA :


 


4 comments:

  1. SINGGAH PETANG (@_-) http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. oleh sebab dah terjerat sekali tgk dr 1st episode, wajib la tgk ending dia haha..
    happy ending ke nie weii

    ReplyDelete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah