Monday, November 23, 2015

Tiada Penganugerahan ?



The moment bila kau dapat Anugerah Dekan, tapi  bila datang majlis nama kau tak tersenarai sebagai penerima anugerah. Sedih sioott. Pagi-pagi dah bersiap bagai, then sampai sana boleh pula urussetia kata nama aku tak tersenarai. Rasanya baru minggu lepas dapat surat jemputan untuk ke majlis ni untuk menerima anugerah, tapi kenapa kah aku dilayan sebegini rupa? hahahaha Syukur Alhamdulillah, selama 3 semester di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, aku masih mengekalkan keputusan yang cemerlang walaupun hari-hari sibuk dengan sukan boling. Walaupun terkilan sebab tak dapat join member-member lain untuk ke majlis anugerah dekan atas sebab masalah sistem/pengurusan Fakulti, aku masih bersyukur dengan apa yang diberi oleh Allah kepada aku. Takpe la kot, anugerah dekan je. Boleh target lebih tinggi dan kekalkan pencapaian yang ada. Terima Kasih kepada Ibubapa, Pensyarah, Guru dan rakan-rakan kerana banyak membantu aku untuk mengekalkan keputusan ini. Harap ianya berterusan sehingga tamat Degree nanti. Insyaallah Amin :)





ADMIN : Hanya mampu perhati budak-budak ni post kat FB :')

 

JOM TERJAH STORY NI JUGA :

Sunday, November 22, 2015

Segmen Tambah Follower Instagram



http://bajuwarnacoklat.blogspot.my/2015/10/segmen-tambah-follower-instagram.html


Instagram merupakan salah satu media social yang popular sekarang kursusnya dikalangan anak-anak muda Malaysia. Kiranya, hampir semua orang ada Instagram untuk berkongsi detik indah, mempromosikan barang jualan dan tidak lupa juga untuk melihat update terkini artis yang diminati. Dikalangan anak muda, Insta merupakan salah satu medium untuk berkongsi hobi dengan memaparkan gambar-gambar yang cantik-cantik, ditambah pula dengan filter yang banyak disediakan, cukup untuk menutup semua kedut-kedut yang ada dan kelihatan lebih flawless.. hahahaha. Ok cukup sampai situ, aku membebel panjang pasal Insta ni pun bukan korang nak dengar kan? Hampir semua orang dah tahu kegunaannya. hahaha Hari ini, Cik Nur Raihanah telah mengadakan satu segmen yang diberi nama Segmen Tambah Follower Instagram. HAAAAAA nampak menarik kan? Anda bukan sahaja boleh mendapat kawan baru, tetapi follower baru.. Hip Hip Hoooreyyy... Kepada yang berminat nak join segmen ni, anda boleh la klik banner kat atas tu. Dan jangan lupa follow juga blog dan Instagram kita tau.. hiihihi.. kalau abang tak follow back, sila mention.. muah ciked :*


https://www.instagram.com/ohohzulasri/


ADMIN : Boleh tak dapat followers yang banyak macam Justin Bieber? hihihihi 


JOM TERJAH STORY NI JUGA : 



Saturday, November 21, 2015

Mid Night Movie - The Hunger Games : Mockingjay Part 2


Siapa yang dah tengok Hunger Games Mockingjay Part 2 ? Aku baru je tengok benda ni semalam kat MBO Batu Pahat Mall. Cerita ni merupakan kesinambungan cerita sebelumnya. Bagi aku, jalan ceritanya memang best sebab boleh membuatkan team aku terkejut sambil menjerit secara comel hahaha.. Tapi aksi untuk siri kali ni agak kurang. Ceritanya banyak kepada percakapan yang membuatkan aku rasa nak tertidur. Dah la tengok lewat malam. Sedikit cerita mengenai movie ni. Menyedari kepentingan tidak lagi hanya untuk terus hidup, Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) bersama rakan-rakan terdekat beliau, termasuk Peeta (Josh Hutcherson ), Gale (Liam Hemsworth ) dan Finnick berazam untuk menamatkan misi mereka sehingga titisan darah yang terakhir. Mereka bersama-sama meninggalkan Daerah 13 untuk membebaskan rakyat yang dilanda perang Panem disamping mahu membunuh Presiden Snow yang juga orang yang taksub mahu membunuh Katniss . Presiden Snow telah merancang pelbaagai perangkap untuk menggagalkan misi mereka semua. Adakah Katniss akan selamat dalam peperangan ini? Apa perangkap yang telah dirancang oleh Presiden Snow? Kalau nak tahu, bolehlah pergi mana-mana panggung wayang terdekat untuk menonton filem ini. Kalau nak murah, pergi hari rabu.. hehehehe

 

ADMIN :  Comel je tengok Katniss Everdeen :))

 

JOM TERJAH STORY INI JUGA :


 


Friday, November 20, 2015

19th University Student Games


Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah, Program USG kali ke 19 untuk acara tenpin boling berjalan dengan jayanya. Terima Kasih buat peserta yang mengikuti program ini kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung. Pada mulanya, lokasi awal program ini di Delima Bowl, Summit Batu Pahat. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak diingini, kami telah menukar vanue asal dari Delima Bowl ke Pacific Bowl,Batu Pahat Mall. Terima Kasih kepada pihak pengurusan Pacific Bowl kerana membenarkan kami untuk mengunakan tempat mereka untuk menjalankan program walaupun perancangan ini dibuat last minute. Hahaha Diharap semua peserta enjoy dengan program yang telah kami lakukan. Semoga Pasukan Bowling UTHM lebih maju bukan sahaja dari segi sukan, tetapi juga dalam pengurusan :)).




ADMIN : Semua gambar ada kat Kamera Member. Jadi gambar ni je lah yang ada. haha Ready nak buat report pulak ! Part paling tak best nak buat report. 


JOM TERJAH STORY NI PULA :

Thursday, November 19, 2015

Kem Kembara Atlet Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sungai Sedim, Kedah


Alhamdulillah, program Kem Kembara Atlet UTHM selesai dengan jayanya. Terima kasih buat Pusat Sukan UTHM kerana memberi peluang kepada semua atlet UTHM menyertai program ini. Sepanjang program berlangsung, banyak aktiviti yang telah dilakukan. Antaranya Rafting, Kayak , night walk , jungle trakking, water confident dan banyak lagi. Program ini dilakukan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal atlet UTHM untuk bersedia dalam kejohanan MASUM, SUKIPT dan kejohanan-kejohanan lain untuk menaikkan lagi sukan UTHM di peringkat Malaysia. Selain itu, program ini juga dilakukan untuk merapatkan lagi hubungan diantara pegawai sukan UTHM dengan atlet-atlet UTHM. Alhamdulillah, semua tentatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Ini merupakan kali pertama aku melakukan aktiviti Rafting dan Kayak. Pada mulanya memang agak gementar juga sebab aktiviti ini dilakukan secara berseorangan ( kayak ) dengan perjalanan di sungai yang deras sejauh 2KM. Aktiviti rafting adalah aktiviti yang paling best. Walaupun agak seram, tapi memang seronok. Ada yang terpelanting keluar dari bot, ada yang menjerit. Rasa macam naik roller coster pun ada ( walaupun tak pernah sebenarnya naik roller coster ) haha..



ADMIN : Kalau diberi peluang lagi, Insyaallah akan kesana lagi. PSU ! Pls sponsorkita lagi untuk kesana ! haha



Wednesday, November 18, 2015

Kem Bina Insan Guru Vokasional ( BIGV )



 

Cuti pertengahan semester baru sahaja berakhir. Apa persediaan anda untuk menghadapi peperiksaan akhir? Ramai antara kita terlalu leka dengan cuti sehingga kita lupa tanggungjawab kita untuk belajar. Untuk semester ni, cuti aku diisi dengan program Kem Bina Insan Guru Vokasional selama 4 hari. Kem ini diadakan di Kem PLKN Sembrong,Ayer Hitam Johor. Kem BIGV ini merupakan kem yang wajib disertai oleh pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut tentatif yang telah dirancang. Banyak pengisian yang diberikan kepada bakal pendidik untuk bakal-bakal guru ini bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengajar anak bangsa suatu hari nanti. Melalui program ini, kami dapat mengenal lagi mengenai dunia pendidikan.


Apa sebenarnya tujuan kami untuk menjadi cikgu? Adakah untuk mendapat gaji yang besar? atau mungkin untuk mendapat pekerjaan tetap atau sekadar suka-suka? Pada mulanya aku beranggapan kerja sebagai guru tu mudah. Datang kerja pukul 6 pagi, then balik pukul 12.30 tengahhari. Mudah dan banyak masa. Tapi setelah merasa sendiri menjadi guru sandaran di Kolej Vokasional Likas semester lepas, baru aku tahu, tugas guru itu bukan mudah kerana tugasnya bukan sahaja mengajar, tetapi juga mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia berguna. Dia lah cikgu, dialah ibu, dialah bapa kepada beratus pelajar bahkan beribu pelajar. Dan mengajar itu bukan sahaja mengajar secara sambil lewa. Banyak prosedure yang perlu dipatuhi oleh guru sesuai dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, cikgu juga perlu menyediakan alat bantu mengajar untuk melancarkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi pada sesiapa yang merasa tugas guru itu mudah, aku dengan tegas mengatakan tugas ini bukanlah semudah yang anda sangka.

ADMIN : Kalau la aku ditakdirkan untuk menjadi pendidik, aku bersedia untuk berkhidmat untuk masyarakat :)

 

JOM Terjah Story ni Pula : 

TEAM BOWLING UTHM KE KEJOHANAN MASUM

Bulan lepas Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menghantar sepasukan atlet untuk mewakili universiti ke Kejohanan MASUM 2017. Kejoha...