Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

Hey Guys ! Setelah sekian lama tak join apa-apa segmen ni. Hari ni aku terbuka hati nak join. Memandangkan blog ni pun dah lama berhabuk, apa kata kita ramai-ramaikan dulu kan? Disamping boleh la kenal-kenal dengan blog yang lain. Kepada rakan-rakan yang berminat nak join segmen ini, bolehlah klik banner diatas ok? sekian dari saya. :)



Jom Terjah Story Ini Juga :

Kebaikan Dan Keburukan InternetBagaimana Tubuh Kita Beroperasi?Slaid "Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran"Cara mengharumkan kentutCara Pindah Tempat MUET

Sambutan Hari Raya Korban Peringkat Universiti

Raya Korban tak lama lagi. Mahasiswa UTHM sudah bersiap sedia nak balik kampung. Sahabat yang tinggal di Sabah dan Sarawak pun dah mula kemas-kemas barang. Tinggallah aku keseorangan di Kolej Kediaman Taman Universiti. Untuk yang belajar di tempat orang ni, bercuti di asrama sudah menjadi satu kebiasaan. Kita hanya mampu melihat orang balik ke kampung, bertemu keluarga, menjamu selera bersama keluarga dan selfie-selfie bagai masuk instagram. Kita dah biasa tengok benda-benda ni. Nak balik tapi tiket nak balik Sabah mahal nak mampos, hanya mampu titipkan salam je lah. Buat keluarga dirumah, Ananda disini sentiasa merindui anda semua. Selamat menyambut Hari Raya Korban. Buat pelajar UTHM yang tidak balik ke kampung atau yang tinggal berdekatan, disini terdapat satu program yang dibuat oleh Rakan Masjid UTHM dimana Program Sembelihan sempena Ibadah Korban itu merupakan program yang dijalankan sempana Hari Raya Aidiladha &  bakal diraikan oleh semua umat Islam yang bakal berlangsung …

KEJOHANAN BOWLING PIALA NAIB CANSELOR PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Pasukan Ten-Pin Boling Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan satu kejohanan boling Piala Naib Canselor 2015 pada 7 November 2015 bertempat di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid. Pertandingan ini terbuka kepada Institut Pengajian Tinggi , Badan Kerajaan dan Badan Berkanun. Sehubungan itu, sesiapa yang berminat untuk menyertai kejohanan ini bolehlah berhubung dengan saya sendiri ataupun berhubung dengan ahli jawatankuasa pertandingan seperti yang tertera pada gambar dibawah. Jadi sesiapa yang free time tu, boleh la berjumpa dengan saya, itu pun kalau program Bina Insan Guru ditunda.. huhu sebab clash dengan pertandingan ni.. Apa-apa pun, kepada otai-otai boling tu, boleh la join pertandingan ni. Banyak hadiah istimewa menanti anda semua. Jumpa Di Sana !!

ADMIN : Jom sama-sama memeriahkan lagi kejohanan ini !!


Jom Terjah Story Ini Juga :

Kebaikan Dan Keburukan InternetBagaimana Tubuh Kita Beroperasi?Slaid "Komputer Dalam …

Watikah Perlantikan Majlis Tertinggi Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, UTHM

MORE PICTURE HERE : FLICKR

Pada hari Ahad lepas ( 13 September 2015 ) , Majlis Tertinggi Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional telah menerimah watikah perlantikan daripada Dekan FPTV iaitu Prof.Madya Dr Razali Bin Hasan bagi sesi 2015/2016. Seramai 800 orang pelajar telah hadir ke perhimpunan tersebut. Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu , Bangsa Johor dan Lagu Guru Malaysia diikuti dengan ucapan daripada Dekan FPTV. Pelajar dikehendaki untuk berkumpul di perkarangan fakuti seawal jam 7 pagi. Pagi-pagi lagi kami terpaksa menyusun atur peralatan agar majlis dapat berjalan dengan lancar. Dah la kena pakai kemeja dan ber "tie". Memang berpeluh je badan, hilang handsome,baru nak usha adik-adik junior. hahaha.

Syukur Alhamdulillah, cuaca pun baik ketika perhimpunan dijalankan, tiada sebarang masalah berlaku dan program berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada kru FPTV yang sama-sama menjayak…

Minggu Pertama Kuliah Untuk Pelajar IPTA

Alhamdulillah, aku kini dah nak masuk tahun 2 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Begitu cepat masa berlalu. Kini aku boleh dikatakan senior la, jadi dah boleh buli budak-budak baru. haha. Minggu pertama ni selalunya minggu insert/delete. Maksudnya, minggu untuk mendaftar subjek atau membuang subjek. Selalunya minggu ni la semua pelajar sibuk nak daftar subjek. Selain itu, minggu ni juga budak-budak baru nak up sesat cari kelas. Then situ la peranan senior nak tunjuk jalan kat adik-adik ni. Mana tau terjumpa tulang rusuk kan. haha xD . Untuk kemasukan baru ini, Abang ( acah-acah sikit ) nak ucapkan slamat datang ke UTHM. Semoga kita dapat belajar dengan baik untuk mencapai impian dan cita-cita kita untuk membahagiakan kedua ibubapa kita. "DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA "


MORE PICTURE HERE : FLICKR



ADMIN : Ingatlah tujuan aal kita datang Universiti. Betulkan niat okay? :)



Jom Terjah Story Ini Juga :

Kebaikan Dan Keburukan InternetBagaimana Tubuh Kita Beroperasi?Slaid "Kom…