TIPS CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

By Zulasri Ashaari - April 10, 2015


ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERAH

Cuti semester datang lagi. Ramai yang mula berkemas-kemas untuk balik ke tempat masing-masing. Terlalu teruja untuk bertemu keluarga tercinta setelah 2 bulan belajar di Universiti. Gunakan cuti pertengahan semester ini dengan sebaiknya. Sediakan tindakan atau pelan secara terperinci tentang apa yang ingin dilakukan pada masa cuti pertengahan semester ini misalnya pulang ke kampung, projek berkumpulan, tugasan individu, kemaskini nota dan lain-lain. Kerana ini sahaja peluang masa seminggu yang kita ada untuk menyusun semula strategi sebelum bersambung ke separuh masa kedua.Jika pulang ke rumah, manfaatkan masa untuk bantu mak, ayah dan keluarga. Bukan, sibuk jumpa kawan-kawan sampai lupa keluarga, bangun pagi lewat, petang keluar rumah, malam sibuk online FB dan main game atau keluar main futsal. Kalau ada rakan-rakan yang tak tahu apa nak buat cuti pertengahan semester ni, Jom ikut tips ini,

  • TOLONG MAK DIRUMAH

Sepanjang kita belajar, kita tak berpeluang untuk berbakti kepada Ibubapa kita. Jadikan cuti ini sebagai peluang untuk bersama keluarga dirumah.

  • MELAWAT TEMPAT YANG MENARIK
Diwaktu cuti inilah masa yang sesuai untuk kita berriadah bersama keluarga. Tak dapat diluar negara, dalam negeri pun okay. Banyak tempat-tempat yang menarik yang ada di Malaysia.

  • BERKUNJUNG KERUMAH SAUDARA-MARA
Kesibukan dikampus bukan penghalang untuk kita merapatkan hubungan kekeluargaan.

  • AMBIL KURSUS KAWIN
Waaa... Bukan main suka lagi korang ye kalau bab-bab kawin ni.. haha Tapi waktu cuti lah waktu yang sesuai untuk ambil kursus ni. Cepat atau lambat, anda kena ambil juga kursus ni.

  • MANTAPKAN BLOGGER
Ni antara benda yang paling best. Cuba naikkan bilangan View di Blog anda. Share idea-idea yang best. Insyaallah cuti korang tak akan bosan.



ADMIN : "Jika kita tidak merancang, bersedialah kita dengan seribu langkah pincang"



JOM TERJAH STORY NI PULA : 





  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah