Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

SELAMAT DATANG KE UTHM

Alhamdulillah, bermula lagi semester baru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Berbagai cabaran dan rintangan yang telah dilalui sepanjang berada di semester lepas. Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang cemerlang dalam peperiksaan semester lalu, bagi yang tak berapa baik, teruskan usaha anda untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Banyak sebenarnya rakan-rakan cemerlang yang sudi membantu anda. Jangan risau. Minggu lepas, Intake Febuari baru sahaja memasuki alam Universiti di UTHM. Tahniah diucapkan kepada junior sekalian. Belajar la baik-baik. Ingat Ibubapa yang menghabiskan banyak duit hanya untuk melihat kita berjaya. Jangan sia-sia kan usaha itu. Buktikan kepada mereka yang anda juga boleh berjaya dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat datang ke UTHM dan selamat menyambut tahun baru cina.
ADMIN : Alhamdulillah, tua-tua pun masih dapat ang pow..hehehe


Jom TERJAH Story ni pula :
Mazhab kristian yang mirip Islam. Hati-hatiSebab Isr…

Cara Atasi masalah Internet Limited Access Wifi

Sepanjang cuti semester ni, aku menghabiskan masa dengan menonton video di Youtube. Dan adakalanya internet wifi di rumah aku ni tiba-tiba "Limited Access". Ini menyukarkan aku untuk turun kebawa dan restart moderm. Masalah ini berlaku kerana IP address kita bertembung/mengalami ganguan. Aku pun tak pasti gangguan seperti apa tetapi disini aku akan tunjukkan cara untuk mengelak wifi kita mempunyai masalah internet limited access.

1. UBAH IP ADDRESS 

Ikut urutan dibawa dengan betul

Control Panel > All Control Panel Items > Network and Sharing Center



Kemudian, tekan connections, dan akan muncul site yg seterusnya.




Kemudian tekan Properties dan pilih  internet protocol version 4 (TCP/IPv4).


Kemudian isi IP Addressnya sesuai dengan provider yang boleh gunakan. Kalau nak ikut aku punya pun okay je. kalau tak nak anda boleh cari IP Address yg lebih gempak di Google.  Kemudian klik OK.



2. Stop Bonjour Service
Cara yang kedua ini adalah dengan SETUP bonjour service. Caranya adal…

CARA PINDAH TEMPAT PEPERIKSAAN MUET

Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ia turut diterima sesetengah universiti di Singapura.
Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Pelajar yang ingin memohon masuk program Medicine perlu mendapat Band 5, program undang-undang (Law) di UITM and UM perlu Band 4.
Ujian ini diadakan 3 kali setahun. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada awal, pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bu…