Kenali Pomade

By Zulasri Ashaari - September 27, 2014



Vintage style kini menjadi trend semula di masa ini. Siapa sangka, dulu vintaj style dulu dikatakan lapuk kini menjadi trend semula. Ramai selebriti yang mula berfesyen ala-ala 90-an. Antara yang paling hot sekarang adalah Wak Doyok. Bagi yang sentiasa update tentang penggayaan rambut, pasti tidak terlepas untuk menggunakan pomade yang sememangnya laku bagai pisang goreng panas sekarang ini.

Sebelum itu, pomade tu apa sebenarnya? Pomade adalah bahan berminyak dan berlilin yang digunakan untuk mendandan rambut. Pomade membuat rambut kelihatan licin, kemas dan berkilat. Tidak seperti semburan rambut dan gel rambut, minyak rambut pomade tidak kering, tetapi sedikt sukar untuk membuangnya daripada rambut. Ia dengan mudah boleh dikeluarkan dengan menggunakan syampu khas atau de-greasers seperti minyak zaitun atau syampu berminyak dan bilas dengan air suam. Pomade biasanya digunakan dengan rambut Afro-bertekstur untuk memastikan ia tidak kering

Tip paling mudah adalah tipiskan bahagian kiri dan kanan rambut. Di bahagian tengah rambut pula dibiarkan sedikit panjang dan tebal. Sikat rambut ini ke tepi dan sapukan sedikit pomade. Selamat Mencuba !!!

ADMIN : Macam best je. Jom try ! dapatkan di kedai-kedai terdekat !!






  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah