Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Cpuv Nuffnang SENHENG Online Store One

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA


Lama tak buka akaun Nuffnang. Kali ni syukur Alhamdulillah, setelah sekian lama MR.Nuffnang tak singgah blog aku, akhirnya minggu lalu Mr.Nuffnang beri sedikit rezeki buatku. Entri kali ni mengenai "Cpuv Nuffnang SENHENG Online Store One".


Sesiapa yang tak kenal SenHeng tu, ni ceritanya ditubuhkan pada tahun 1989, Senheng merupakan kedai peralatan elektrik yang terkemuka di Malaysia. Hari ini, terdapat lebih 100 kedai Senheng di seluruh seluruh Malaysia di mana setiap kakitangan di kedai itu adalah terlatih dan semua sentiasa bersedia untuk melayan pelanggan dan memenuhi kehendak mereka. Talian jualan 'Beza,memang berbeza" telah mengangkat lagi nama SenHeng dipasaran Malaysia. Senheng telah mengambil satu lagi langkah berani untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan produk yang berkualiti kepada semua pelanggan iaitu pembelian barangan secara online. Jom lawati website SenHeng untuk mengetahui promosi yang ditawarkan…

Cerita Sebenar Lelaki Dibaham Harimau

Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia.Berdasarkan keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke dalam kandang harimau.Bagaimana pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang.

Maqsood dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja.Pengarah zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di bawahnya.


Harimau putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dindi…

Kenali Pomade

Vintage style kini menjadi trend semula di masa ini. Siapa sangka, dulu vintaj style dulu dikatakan lapuk kini menjadi trend semula. Ramai selebriti yang mula berfesyen ala-ala 90-an. Antara yang paling hot sekarang adalah Wak Doyok. Bagi yang sentiasa update tentang penggayaan rambut, pasti tidak terlepas untuk menggunakan pomade yang sememangnya laku bagai pisang goreng panas sekarang ini.

Sebelum itu, pomade tu apa sebenarnya? Pomade adalah bahan berminyak dan berlilin yang digunakan untuk mendandan rambut. Pomade membuat rambut kelihatan licin, kemas dan berkilat. Tidak seperti semburan rambut dan gel rambut, minyak rambut pomade tidak kering, tetapi sedikt sukar untuk membuangnya daripada rambut. Ia dengan mudah boleh dikeluarkan dengan menggunakan syampu khas atau de-greasers seperti minyak zaitun atau syampu berminyak dan bilas dengan air suam. Pomade biasanya digunakan dengan rambut Afro-bertekstur untuk memastikan ia tidak kering

Tip paling mudah adalah tipiskan bahagian kir…

Komunikasi di Universiti

Setelah sebulan berada di negeri orang, banyak pengalaman baru yang aku pelajari. Kehidupan Universiti sangat berbeza dengan Politeknik. Banyak benda baru yang perlu dipelajari contohnya dari segi pengurusan masa, pengurusan jadual mahupun pengurusan diri. Sebagai pelajar yang baru memasuki alam universiti, tujuk ajar daripada pensyarah dan senior amat penting untuk memudahkan proses pembelajaran kita. Tanpa mereka ini, kita mungkin akan binggung/buntu dalam pengurusan masa. Sebab itu lah terjadinya kes lewat ke kelas, sesat dan tertinggal bas. Jadi "communication Skills" itu amat penting untuk masuk dalam masyarakat kita. Jangan malu untuk menyerlah. Tunjukkan siapa anda. Tapi kalau nak tunjukkan tu,biar berilmu dan beradab. Insyaallah rakan-rakan akan menerima anda seadanya. Selamat Belajar !







Eksplorasi Mega 1.0

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERAH.

Syukur Alhamdulillah, setelah 3 minggu berada di UTHM, banyak pengalaman baru yang aku lalui. Terima kasih kepada Kolej kediaman Perwira kerana memberi peluang kepada kami untuk berkhidmat dengan masyarakat Taman Pintas Jaya. Sabtu lepas ( 20 september 2014 ) , Kolej Kediaman Perwira telah menganjurkan satu program Khidmat Masyarakat yang bertempat di Taman Pintas Jaya. Program bermula sekitar pukul 7.30 pagi yang disertai oleh penghuni Kolej Kediaman Perwira. Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran pelajar UTHM khususnya pelajar Kolej Kediaman Perwira kepada aktiviti kemasyarakatan. Dengan adanya program seperti ini, pelajar bukan sahaja akan melalui proses P&P,mala pelajar juga akan belajar cara untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat.

Menurut Dr. Afandi Bin Ahmad ;

Antara peranan Universiti ialah memasyarakatkan warganya demi kebaikan bersama. KK Perwira komited dan akan memulakan semest…

Universiti Life

Alhamdulillah, seminggu sudah berada di Universiti Tun Hussein Onn. Sepanjang berada disini, Alhamdulillah dapat berkenalan dengan ramai kawan. Hari pertama berada di Johor dah dapat layanan istimewa daripada Kolej Kediaman Perwira. Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi melayan karenah kami semua.

Kehidupan Universiti ni ada banyak perbezaan tau daripada kehidupan di sekolah,Matrik mahupun Politeknik. Banyak cabaran yang akan dilalui. Sepanjang minggu pertama, pelajar Universiti selalunya akan sibuk menyusun jadual waktu kuliah. Ini merupakan perbezaan ketara yang dapat kita lihat apabila kita sudah menjejakkan kaki ke Universiti terutamanya buat pelajar lepasan Politeknik. Ini kerana, pelajar lepasan diploma Politeknik akan mengurus jadual mereka 100% sendiri. Jadi buat pelajar Politeknik yang ingin "transfer kredit" , anda boleh mendapatkan kemudahan itu sebanyak 30% sahaja. Ini bermakna, bukan semua kursus yang anda dah belajar dapat ditransfer.

"Cara Untuk Tra…