Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Gereja St. Paul Melaka

Kali ni kita menjejakkan kaki di negeri Melaka pula. Syukur Alhamdulillah, Politeknik KK sponsor kami lagi jalan-jalan di Negeri Melaka ni. Banyak sebenarnya tempat menarik dinegeri bersejarah ini. Tapi kali ni aku nak share cerita pasal Gereja St. Paul dulu okay? Gereja St. Paul ni sebenarnya sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan "Our Lady of The Hill".Gereja ini kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan gereja St. Paul. St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.Di bawah gereja ini terdapat Kota A Famosa. Gereja St. Paul merupakan salah satu daya tarikan pelancong di negeri Melaka ini. Tempat ni memang sentiasa sibuk dengan kehadiran pelancong asing dan masyarakat tempatan. Setakat ni tiada bayaran yang dikenakan untuk melawat tempat ini. So t…

Kota A Famosa Melaka

Kalau haritu dah kenalkan dengan Gereja St.Paul,kali ni aku nak share pasal jirannya pula.Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa merujuk kepada ] "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").
ADMIN : Melaka Bandar Bersejarah



Kenali Nuffnang

Alhamdulillah, baru-baru ni Nuffnang dah beri kesempatan kepada blog Zul untuk mendapat CPUV dari Oreo Transformers walaupun baru seminggu dua start menggunakan Nuffnang.Apa itu Nuffnang sebenarnya?? Mari kita mengenali Encik Nuffnang terlebih dahulu. Nuffnang merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik.Pelantar dalam talian Nuffnang membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar.Pasukan-pasukan di setiap pejabat Nuffnang giat berusaha menghubungkan jenama-jenama produk kepada para blogger Nuffnang. Di antara para pengiklan Nuffnang ialah Citibank, Nokia, Sony, Procter & Gamble, Nokia, Nike, Nestle, dan banyak lagi!Selain pengiklanan berasaskan blog, kami juga membina reputasi kami dengan menjadi sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain la…

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Engineer Malaya Revenge

Alhamdulillah, Setelah sebulan kita berpuasa akhirnya tiba juga Hari Raya Aidilfitri. Seminggu sebelum raya,Zul sibuk sikit. Mana nak cat rumah, mana nak buat kuih raya, mana nak prepare duit raya. Pokoknya memang busy lah. Jadi dikesempatan ini, Zul ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sanak saudara yang mengenali diri ini serta rakan-rakan blog yang dikasihi sekalian. Ampun dan maaf dipinta jika Zul terkasar bahasa,tak terjawab soalan anda,tersalah bagi info dan macam-macam lagi. Kalau ada yang tak puas hati lagi, anda boleh hubungi Zul je Ok? Kita selesaikan sama-sama. Sesungguhnya Zul juga hanyalah insan biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan. Tak lupa juga halalkan makan minum Zul. Kalau ada Hutang tu, PM Zul cepat-cepat. Nanti kalau dah dapat duit raya Zul balas ok?.hehehe. Apa cerita hari raya korang? kongsikan kisah anda dengan Zul. Nak juga tau..hehe.



ADMIN : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ! MAAF ZAHIR DAN BATIN

PERJALANAN KU

Cara Hilangkan tarikh pada post

Baru je tadi Zul belajar cara untuk hilangkan tarikh pada post. Mungkin ramai dah tahu pasal benda ni, tapi takpa. Zul ajar ni untuk yang tak tahu ja ye?. hehe
Caranya senang je:
1) Sign in akaun blogger
2) Dashboard > Design > Page Element > seterusnya ikuti tutorial bergambar di bawah


3)Kemudian klik save.
Selamat mencuba! 

Iftar bersama Ex-Student Sanzac 2005-2009

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T program berbuka puasa bersama kawan sekolah menengah dulu berjalan dengan lancar. Meskipun tidak semua yang hadir, tapi ia susah mencukupi bagi Zul kerana hampir 4 tahun kami tidak berjumpa. Besar dah kawan-kawan Zul semua. Masih segar diingatan Zul macam mana karenah mereka semua ketika masih dibangku sekolah. Sekarang mereka sudah semakin matang dan tahu mana yang bagus dan tidak. Alhamdulillah, terasa begitu cepat masa berlalu. Program ni di jalankan di Grace Point,Sembulan tepat pukul 5.30 petang. Mula-mula tu agak segan sikit nak berbual dengan mereka kerana sesetengah budak sekolah dulu ni pun bukan Zul kenal. Memang sesi memperkenalkan diri la disini sebab baru Zul perasan yang mereka yang lain ni wujud kat sekolah dulu.hehehe


Lihat Sini untuk lebih gambar ------> Flickr
ZULASRI : Bertuah sangat dapat berkenalan dengan kamu semua ! semoga persahabatan kita terus terjalin hingga akhir hayat. Amin

Pertama kali dapat CPUV dari Nuffnang : Oreo Transformers

Baru buka Nuffnang tadi, terkejut pula tengok yang ehbloger.blogspot.com ni dapat CPUV daripada Oreo Transformers. Terkejut juga Zul tadi sebab Zul baru je daftar Nuffnang 2 minggu lepas. Dalam jangka masa yang singkat pihak Nuffnang memberi rezeki pula dibulan ramadhan yang mulia ini. Syukur sangat. Thanks Mr.Nuffnang. Baru-baru ni, Oreo mempromosikan filem yang ditunggu-tunggu di seruluh dunia ini iaitu Transformers. Siapa yang belum tengok Zul nasihatkan pergilah ke panggung wayang yang terdekat kerana movie ni memang syok sangat. Sepanjang 2jam45minit Zul menikmati Movie ni. Oreo adalah nama dagang dari sejenis biskut yang diproduksi oleh Nabisco, pertama kali pada 1912. Terdiri dari dua biskut coklat dengan krim putih di tengahnya. Salah satu cara terkenal untuk memakan Oreo ini adalah dengan mencelupkannya ke dalam susu.Selain itu Oreo juga digunakan untuk bahan baku untuk makanan lain, misalnya milkshake dan air krim. teringat time kecil-kecil dulu, asal mama beli oreo Zul mes…

VIDEO Lokasi MH17 Terhempas : Keadaan Mangsa yang Menyedihkan

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.  Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan. Sementara itu, Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata,  Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.  "Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.  Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.  "Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.  Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu …

13 GAMBAR KES KAPAL MH17 TERHEMPAS

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.  Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan. Sementara itu, Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata,  Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.  "Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.  Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.  "Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.  Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu …

KES MH17 : 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi nahas - Saksi

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.  Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan. Sementara itu, Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata,  Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.  "Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.  Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.  "Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.  Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu …

Perdana Menteri Malaysia terkejut dengan berita MH17

Satu pesawat penumpang Malaysia baru sahaja terhempas di Ukraine, lapor agensi berita Rusia Interfax. Pesawat tersebut yang dilaporkan dalam perjalanan dari Amsteredam ke Kuala Lumpur dengan seramai 295 penumpang telah terhempas di sempadan Rusia.Jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan "insiden" berkenaan dan dijangka untuk membuat satu kenyataan tidak lama lagi. 
HOT : Pesawat Penumpang Malaysia MH17 Terhempas di Sempadan Rusia Dipercayai Ditembak HOT : VIDEO AWAL MH17 TERHEMPAS HOT :LAGI KES KAPAL HILANG : MH17 TERHEMPAS DI UKRAINE


Pesawat Penumpang Malaysia MH17 Terhempas di Sempadan Rusia Dipercayai Ditembak

Satu pesawat penumpang Malaysia baru sahaja terhempas di Ukraine, lapor agensi berita Rusia Interfax. Pesawat tersebut yang dilaporkan dalam perjalanan dari Amsteredam ke Kuala Lumpur dengan seramai 295 penumpang telah terhempas di sempadan Rusia.Jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan "insiden" berkenaan dan dijangka untuk membuat satu kenyataan tidak lama lagi. 
UPDATE : 
11 : 45p.m : AP melaporkan kapal terbang ditempak misil pada ketinggian 33,000 kaki 11 : 47p.m : MAS mengesahkan hilang komunikasi dengan pesawat 11 : 50p.m : Misil dilepaskan oleh puak pemisah :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters 11 : 57p.m : 280 penumpang, 15 krew tidak terselamat :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri -                           Reuters 12 : 04p.m : Kawasan berkenaan terlibat dengan peperangan antara pasukan Ukrain dan pemisah Rusia - AP 12 : 07p.m : Perdana Menteri, DS Najib - "Saya terkejut dengan laporan kapal terbang MH terhempas. Kami sedang melanc…

VIDEO AWAL MH17 TERHEMPAS

Pesawat MAS (MH17) yang membawa 295 penumpang yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan hilang hubungan dengan menara kawalan pada awalnya sebelum dilaporkan terhempas. ‪#‎PrayForMH17‬

"MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini." - Reuters
.
"Russian newswire service Interfax is reporting that a Malaysian passenger plane carrying 295 people was shot down with a Buk ground-to-air missile over Ukraine near the Russian border. The Associated Press cites an advisor to Ukraine's Interior Minister as the source. The advisor, Anton Gerashchenko, posted more accusations on Facebook, saying that the strike was carried out by Ukrainian rebels.
He also posted a minute-long video of what supposedly is the smoking wreckage of the plane. The flight, Malaysia Airlines 17, was en route from Amsterdam to Kuala Lumpur. According to the AP, Malaysia Airlines has…

LAGI KES KAPAL HILANG : MH17 TERHEMPAS DI UKRAINE

Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. Harap tiada apa yang buruk berlaku kepada penumpang MH17. 

HOT : Pesawat Penumpang Malaysia MH17 Terhempas di Sempadan Rusia Dipercayai Ditembak HOT : VIDEO AWAL MH17 TERHEMPAS HOT : PERDANA MENTERI Malaysia terkejut Kes MH17
ADMIN : bad year for Malaysian aviation.


Kundasang War Memorial Park, Ranau

Selesai membeli-belah di Pasar Ranau, diperjalan seterusnya anda harus pergi ke Kundasang War Memorial Park,Ranau. Masa yang diambil untuk sampai kesini dari pasar tersebut kira-kira 15 Minit.Bergantung dengan cara pemanduanlah. Yuran RM3.00 akan dikenakan untuk rakyat Malaysia. Ingat nak masuk free? haha jangan harap. ahahaha. 
Banyak info sebenarnya anda akan nampak disana. Selain menikmati keindahan taman, anda juga boleh belajar serba sedikit mengenai sejarah negeri Sabah ini. Memang tak rugi la datang.
Kundasang War Memorial Park adalah salah satu taman peringatan yang telah dibina di Sabah untuk memperingati tragedi, penderitaan dan kematian kuasa-kuasa bersekutu semasa Perang Dunia II. Taman ini dibina untuk mengingati kematian askar British, Australia dan New Zealand serta penduduk Borneo lain semasa perarakan Kematian mengerikan dari Sandakan ke Ranau pada tahun 1945 apabila Borneo Utara dibawa jajahan Imperial Jepun. 



MORE PICTURE : FLICKR




Kundasang War Memorial Park dibina…

Lelaki Boleh Ponteng Puasa

Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam dan wajib untuk semua umat Islam. Jika kaum wanita mempunyai alasan munasabah untuk tidak dibenarkan berpuasa, lelaki juga boleh dikecuali. Tapi, baca entri ini terlebih dahulu supaya anda tidak mengambil kesempatan ponteng puasa!

Pertama sekali, lelaki-lelaki dibenarkan tidak berpuasa jika sedang sakit tetapi mempunyai harapan untuk sembuh dan bagi yang musafir saja. Ini ada dijelaskan di dalam Al-Quran, menerusi surah al-Baqarah (20), 184:

"Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan, wajiblah dia menggantikannya pada hari-hari yang lain."

Selain itu, jika anda mempunyai penyakit yang mendatangkan mudarat yang besar, kesakitan yang teruk dan bimbang akan mati sekiranya tetap meneruskan berpuasa, maka waktu itu anda wajib berbuka. Tetapi wajib diganti selepas itu pada hari-hari lain.

Anda juga tidak wajib berpuasa jika disebabkan terlalu tua atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh kerana puas…

Siapa Sebenarnya Adoft Hitler ?

Baru-baru ni, nama Adoft Hitler sangat terkenal di sosial media mahu Facebook,Twitter dan Instagram. Siapa Sebenarnya Adolf Hitler? Mungkin ramai yang tidak mengenalinya. 

Tekan link dibawa untuk Info Lanjut . 
SIAPA SEBENARNYA ADOFT HITLER.

ADMIN : Selepas serangan Yahudi terhadap Gaza. Ungkapan Adoft Hitler semakin terkenal di sosial media.

Saya Nak Kad Raya By Cik Akak

klik banner Untuk makluman bakal peserta : -

55 orang terawal join giveaway 12jam ini...bakal dapat kad raya free dari cik akak..
Apa tunggu lagi...rebutlah peluang keemasan ini...

Dan rebutlah juga peluang....untuk dapatkan SATU HADIAH MISTERI dari cik akak.

Tarikh tutup penyertaan : 09 Julai 2014 - Jam 2.00 pagi.

Peringatan : Penyertaan lebih dari jam 2.00 pagi [09.07.2014] tidak akan dilayan oleh pihak penganjur

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno

klik banner

10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdenoCara pemilihan melalui Random.org Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014ADMIN : Jom ramai-ramai join Segmen ni. Tak rugi pun. Kalau rezeki, dapat juga kad raya dari Cik Dayang :)

Mee Tuaran Yang Halal

Bagi yang datang ke Sabah, Tak sah kalau tak makan Mee Tuaran.Mee Tuaran merupakan hidangan terkenal di Sabah. Mee Tuaran dibuat khas dari adunan kuning telur dan tepung, yang memberikan aroma telur apabila goreng. Menggoreng mee tuaran ini biasanya mengambil masa kira-kira 5-10 minit dalam api yang tinggi yang meninggalkan tekstur kerak keemasan di bahagian bawah mi. Sayur-sayuran tempatan seperti sawi ditambah kedalam semasa menggoreng. Sebelum dihidangkan, mee Tuaran biasanya dihias dengan hirisan Telur gulung dan hirisan ayam/daging/seafood ( bergantung dengan permintaan pelanggan ). Sesetengah Mee Tuaran di sekitar Sabah tidak Halal. Mereka akan menggantikan hirisan ayam/daging/seafood kepada lembu pendek. Jadi dapatkan panduan sebelum makan. Dan tidak semestinya Mee Tuaran hanya dijual di Tuaran. Sekitar Kota Kinabalu pun berlambak sebenarnya. Disekitar Kota Kinabalu,ada banyak peniaga yang menjual Mee Tuara yang halal. Antaranya di Restoran Thien-Thien,Gaya Street dan Grace Po…

Segmen | Salam Aidilfitri bersama irrayyan.com

Di Musim raya ni pasti ramai kawan-kawan blogger yang akan kirim kad raya,dan kali ni giliran irrayyan.com pula. Memang best kalau dapat kad raya daripada rakan-rakan blogger ni. Selain berkenalan, kita juga boleh merapatkan hubungan diantara blogger. GOODJOB !! Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 


Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Malam-malam buta ni ternampak pula segmen " Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80 ". Hadiah yang diberi pun agak lumayan. Dengan ini Zul pun nak cuba nasib la. Siapa tau rezeki di pagi raya kan? Okay sapa nak join ni, anda boleh klik banner yang telah disediakan. Orang kata rezeki kena share-share kan? Goodluck !




TIPS MEMBELI KASUT

Kasut merupakan benda yang paling penting dalam bergaya. Tanpa pemilihan kasut yang sesuai, penggayaan akan nampak lebih lucu. Setiap orang mempunyai cita rasa masing-masing. Apa yang penting ketika membeli kasut, ia kena memenuhi segala aspek yg kita mahu seperti harga,kualiti dan tahap keselesaan kasut itu. Hari ini Zul akan kongsikan sedikit tips membeli kasut. Apa lagi sekarang ni raya dah nak dekat. hehehe.



TIPS MEMBELI KASUT
1. Beli kasut pada waktu siang atau petang untuk mendapatkan ukuran kasut yang tepat dan selesa.


2. Berdiri tegak dan cuba berjalan-jalan untuk memastikan kasut yang dibeli selesa.


3. Pastikan anda memakai kedua-dua kasut ketika mencuba.


4. Elak terburu-buru membeli kasut dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.


5. Jangan mencuba kasut ketika sedang duduk sambil mencuba sebelah kasut saja.


6. Elak membeli kasut tanpa mencuba dan hanya berpandukan saiz semata-mata kerana saiz kasut berbeza mengikut jenama kasut.


7.  Elak memilih kasut yang dirasakan muat-m…