Akibat Lambat bangun

By Zulasri Ashaari - February 15, 2014



ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA



Lambat bangun !!! Hari ni sepatutnya aku ada interview di pejabat "Jobs Malaysia" untuk jawatan part-time kerani Pejabat Pos. Interview tersebut sepatutnya dijalankan pada jam 9.00 pagi. Tapi aku terlajak tidur sampai jam 12.00 tengah hari pula. Sebenarnya aku sudah bangun awal, tapi aku tidur balik pula. Betul lah kata orang tua-tua. Kalau bangun lambat, rezeki sudah dipatuk ayam. Semua ni gara-gara game Clash of clans lah. Gara-gara game ni, aku langsung tak tidur sampai ke pagi. Obses sangat mau menang. haha

Esok bersamaan 16 Febuari 2014, Team Bowling Sabah akan ke Kuala Lumpur untuk pemilihan remaja kebangsaan yang akan diadakan di Sunway Mega Lanes. Aku tak boleh turut serta dalam pemilihan ini sebab umur aku pun sudah meningkat. Syarat wajib pemilihan ini ialah, umur mesti 21 tahun kebawah dan pernah mengikuti kejohanan bertaraf Negeri/kebangsaan dalam kategori terbuka lelaki/wanita. Tahun ni aku mau masuk 22 tahun sudah, jadi aku tak boleh lah menyertai mereka. Aku doakan semua team Sabah agar dipermudahkan disana. AMIN :)

ADMIN : Umur bukan penghalang untuk kita bersukan. Go For Gold :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah