Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Pembongkaran Al-Quran Firaun Yang Di Tenggelamkan

Apa yang tertulis di dalam Al-Quran adalah benar sepertimana firman Allah, Fir'aun dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan  kerana  mendustakan ayat-ayat Tuhannya . Kini kebenaran ayat Al-Quran tersebut di buktikan apabila sebuah bandar di dalam air di temui selepas 1500 tahun.



Ianya ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.
Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini. Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.
Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripad…

Budaya Selfie semakin Berleluasa

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM PERPADUAN 

Tidak dipertikaikan dizaman era moden ini budaya selfie semakin berleluasa. Aku akui, kadang-kadang aku pun pandai selfie juga. tapi tak lah selfie depan orang. Malu aku kalau selfie depan orang ramai. Budaya ini bukan golongan muda ja yang buat, manusia  pertama selfie pun adalah daripada golongan yang sudah berusia lanjut. Haah, jadi budaya ni sudah ada dari dulu lagi cuma ayat Selfie sahaja yang baru masuk kamus. Haha. 
TENGOK JUGA : Apa itu Selfie?
ADMIN : Enjoy tu cartoon. Fresh from Sabah

Tips Penjagaan Contact Lenses / Kanta Lekap

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia..

   Penat sangat ni hari tau. Pagi-pagi dah kena pergi ke KWSP untuk menyelesaikan segala urusan kerja. Dah tu Kanta lekap aku pula buat masalah. Yes! kadang-kadang perkara yang kita pandang remeh akan akan menyusahkan diri disaat kita memerlukan. Memangbikin panas !!. Sampai ja di KWSP, mata aku bertukar  merah macam tu pontianak. Semua orang pandang macam aku ni hantu ja. Kanta lekap aku tu sebenarnya sudah koyak sedikit, tapi aku langsung tak perasan. Aku mula perasan pun masa mata mula pedih dan bertukar warna. Lagi-lagi aku yang sedang memandu ni pun stress mencari parking dikawasan tu.
    Selesai ja urusan di KWSP, Ibu ku pula minta hantar ke Jabatan Pendaftaran Negara. Huru-hara jadinya sebab aku terpaksa balik kerumah lagi untuk mengambil kaca mata kemudian menjemput ibu ku di kedai. Hari ini memang tak best untuk aku sebab penat dan kanta lekap buat masalah. Selesai sahaja semua urusan, aku bergegas ke klinik pakar untuk mendapatkan …

Tarikh BR1M 3.0 Diagihkan

HELLO GUYS !!


Dengar khabar cuaca di sekitar semenanjung Malaysia dilanda kemarau/cuaca panas. Kalau di Sabah, aku belum merasa bahangnya. Suhu disekitar sini MACAM normal ja. Tapi itu belakang cerita, hari ni aku mau kongsi satu berita gembira buat semua rakyat Malaysia. Semalam aku ada terbaca satu berita daripada Astro Awani yang mengatakan B1RM 3.0 akan diagihkan bermula 22 Febuari 2014. Menurut sumber, BR1M akan diagihkan dalam tempoh 20 hari. Menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata bayaran akan terus dimasukkan kedalam akaun bank serentak diseluruh negara.
Langkah tersebut bagi memastikan penerima BR1M tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan tersebut seperti tahun sebelum. Bagi yang tiada akaun bank pula, mereka akan menerima baucer secara berperingkat bermula 23 Febuari 2014. Tempat akan diumumkan kemudian.
Mesti semua tak sabar-sabar sudah ni kan? Yalah, kan duit free ( sebenarnya duit rakyat juga ) ,siapa yang tidak mahu kan? Tapi nasihatku bua…

Akibat Lambat bangun

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA


Lambat bangun !!! Hari ni sepatutnya aku ada interview di pejabat "Jobs Malaysia" untuk jawatan part-time kerani Pejabat Pos. Interview tersebut sepatutnya dijalankan pada jam 9.00 pagi. Tapi aku terlajak tidur sampai jam 12.00 tengah hari pula. Sebenarnya aku sudah bangun awal, tapi aku tidur balik pula. Betul lah kata orang tua-tua. Kalau bangun lambat, rezeki sudah dipatuk ayam. Semua ni gara-gara game Clash of clans lah. Gara-gara game ni, aku langsung tak tidur sampai ke pagi. Obses sangat mau menang. haha
Esok bersamaan 16 Febuari 2014, Team Bowling Sabah akan ke Kuala Lumpur untuk pemilihan remaja kebangsaan yang akan diadakan di Sunway Mega Lanes. Aku tak boleh turut serta dalam pemilihan ini sebab umur aku pun sudah meningkat. Syarat wajib pemilihan ini ialah, umur mesti 21 tahun kebawah dan pernah mengikuti kejohanan bertaraf Negeri/kebangsaan dalam kategori terbuka lelaki/wanita. Tahun ni aku mau masuk 22 tahun sudah, jadi…

Penyesalan yang tidak berguna

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA
Setelah sekian lama aku tak update blog ni, akhirnya pada hari ni aku update juga. Sori sikit korang, hari ni aku nak update pasal diri aku sendiri ja. Dan segala isi yang terkandung dalam entry ini 100% mengenai kisahku. 
Pada hari ni, seseorang telah membuka minda aku untuk kembali semula meneruskan alam pembelajaran yang telah lama aku tinggalkan. Dan aku kini bertekad untuk menyambung pembelajaranku dari diploma kepada Ijazah. Memang agak janggal sedikit bagi aku kerana di usia 22 tahun mengambil degree manakala rakan-rakan yang seusia dengan ku sudah berada di semester 2 dalam peringkat ijazah. Aku pula baru mau apply. Semua ini disebabkan nafsu remaja ku yang ingin terus bekerja tanpa memikirkan nasib aku dimasa akan datang kelak. 
Pada bulan september tahun lalu, aku telah ditawar menyambung pembelajaranku oleh sebuah Universiti yang agak terkemuka juga dinegara kita. Namun nafsu remaja ku menentang untuk meneruskan pembelajaranku. Aku m…

Semak Keputusan BR1M 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera para blogger ! Maaf baru-baru ni aku sangat sibuk untuk update blog aku yang tak seberapa hebat ni. Tapi kalau pasal BR1M ni Insyaallah saya akan update untuk korang secepatnya. hehe Maklumlah kan dapat duit FREE.

Bermula Februari 2014 semua pemohon BRIM 2014 boleh menyemak permohonan anda sama ada berjaya atau pun tidak.

Cara semakan permohonan

1. Boleh semak di talian 1-800-88-2716. Dari 9 pagi hingga 5 petang waktu bekerja sahaja

2. Melalui emel br1m2@treasury.gov.my . Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan    dalam emel anda.

Harap semua info dapat membantu anda.