Cara mengambil SPM semula






Untuk mendapat kerja di institusi kerajaan dengan kelayakan SPM sekarang ni amat sukar. Banyak persaingan berlaku diantara pelajar lain. Semakin ramai pelajar Malaysia semakin pandai dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Baru-baru ini, aku mendapat email daripada seorang sahabat blog yang mempertanyakan bagaimana untuk mengambil SPM semula. Okay, sebelum kita ingin mengambil peperiksaan ulangan, kita hendaklah berpegang dengan syarat yang diberikan oleh Kementerian.


Syarat Pendaftaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


  • Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan / Sekolah Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

atau


  • Mereka yang pernah menduduki PMR sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM.

atau

  • Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.

atau

  • Mereka yang telah mencapai umur 19 17 tahun pada 1 Januari dalam tahun peperiksaan SPM semasa.


Mereka yang tidak memenuhi mana-mana satu syarat menduduki peperiksaan tersebut di atas tetapi dapat memberi alasan yang munasabah boleh memohon kelulusan untuk mengambil peperiksaan daripada Pengarah Peperiksaan, selewat-lewatnya akhir Januari tahun peperiksaan. Ini termasuk pegawai kerajaan yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu untuk pengesahan jawatan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu sebagai syarat mendapatkan ijazah.

Syarat Pemilihan Mata Pelajaran:

Calon hendaklah merujuk Kumpulan mata pelajaran dalam buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan SPM 2006 dan memastikan mata pelajaran yang dipilih tidak bertembung waktu peperiksaannya. Jika bertembung, calon dikehendaki mendaftar hanya satu mata pelajaran dan menggugurkan mata pelajaran lain yang bertembung dengannya.
Calon yang mengambil Peperiksaan SPM kali pertama wajib mendaftar mata pelajaran berikut:-

1103 Bahasa Melayu
1119 Bahasa Inggeris
1223 Pendidikan Islam atau 1225 Pendidikan Moral
1249 Sejarah
1449 Matematik
1511 Sains

Calon juga boleh menambah mata pelajaran lain seperti yang ditawarkan buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan SPM 2006 serta tertakluk kepada syarat mata pelajaran berkenaan dan perkara 1.
Maklumat lanjut sila rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.

HOT !!! - KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA PENDAFTARAN ULANG SPM 2017


37 comments:

  1. Keputusan saya semua D & E..macam mana saya nak ambil balik sijil spm

    ReplyDelete
  2. tahun 2000 saya menduduki pmr.tahun 2001 tingkatan 4 saya berhenti sekolah dan join kolej swasta.boleh ke saya mengambil spm sekarang?macam mana nak buat pendaftaran dan dimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je.. SPM boleh didaftar di bahagian pendidikan KPM.Rasanya ada college yg menawarkan pengambilan SPM juga

      Delete
  3. assalam tuan nak tnyalah..saya pernah ulang spm untuk kali kedua subjek fiz,kim dan bio tetapi tetap tidak dpt kredit(c) juga sama seperti kali pertama.jadi boleh ke saya ulang tetapi hanya dengan mengambil satu subjek sahaja iaitu sains biasa?mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh.. cuma kena kluar sedikit duit la..huhu

      Delete
  4. Saya dibuang sekolah pada tahun 2015 dan bolehkah saya mengambil spm pada tahun ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dalam situasi yang sama , sekarang ni nak tahun kalau dibuang tahun 2014 skrg nak amek spm boleh ke tak ya ?

      Delete
    2. korang boleh jadi calon persendirian. Korang Boleh rujuk kat sini (http://lp.moe.gov.my/images/bahan/Borang/2017/CALON%20SPM%20PERSENDIRIAN%20-%20PANDUAN%20pin2017.pdf)

      Delete
    3. Bole, yang penting ada $$$... tak kisah dibuang ke tak, SPM open utk semua.. cuma kalau nak study tu, ble study sendiri atau bayar tuition kat institusi lain

      Delete
  5. Nak tanya sye spm 2007 jika sye nak ambil ulangan spm persendirian layak lagi ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layak je.. zaman saya dulu, pakcik2 dan makcik2 yg dah tua pun ambil SPM. Ilmu tak ikut had umur :)

      Delete
  6. Nak tanya sye spm 2007 jika sye nak ambil ulangan spm persendirian layak lagi ker?

    ReplyDelete
  7. Saya dapat 5b+ 4b 1c.. Boleh tak kalau saya nak mohon pengulangan spm persendirian..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. nak baiki result ek? xde masalah.

      Delete
  8. Saya x hadir masa peperiksaan spm tahun 2016.. boleh ke saya ambil peperiksaan semula tahun ni.. bagaimanna caranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ble rujuk mohe atau LINK Ini bagi tahun 2017 http://lp.moe.gov.my/images/bahan/Borang/2017/CALON%20SPM%20PERSENDIRIAN%20-%20PANDUAN%20pin2017.pdf

      Delete
  9. Result spm yg sya perolehi pda thun 2016 agak tidak memuaskan ,1B 3C+ 1C 4D...
    Boleh ka saya mengulang semula pada tahun ini 2017? Walaupun saya telah memasuki tingkatan 6

    ReplyDelete
  10. Assalam bang saya nak tanya..result saya agak ok dan lepas spm saya trus kerja dan tak masuk matrikulasi kalau saya perbaiki spm saya boleh tak saya masuk asasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau result dah ok kenapa nak baiki lagi? Bole je dik, yang penting adik kena tau, kursus asasi swasta TAK BOLEH sambung mana-mana kos degree di Universiti Awam ! So misalnya adik berniat nak sambung degree kat UM, So ambil asasi kat UM. :)

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam...lau BM x credit, kne isi borang pengulangan subjek BM dkt PDD? X prlu ke sekolah utk meminta tanda tgn pngetua bgi dokument borang pengulangan subjek tersebut?

    Andai kata la result pengulangan bgi subjek BM mendapat kpujian,adakah suratan tawaran kmasukkan tingkatan 6 bgi thun 2017 akan di post ke rumah secara automatik @ kena buat rayuan utk masuk T6?
    Sbab di jangka bulan 8 akan kluar result pperiksaan bgi subjek ulangan,masih boleh lgi ke nk msuk T6? Biasa nya dlm pertengahan bulan thun ni,sesi pembelajaran bgi plajar T6 telah bermula?
    TQ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.. Kalau nak ulang subjek, boleh terus berurusan dengan pendidikan negeri. Biasanya kalau dah hbs sekolah, segala urusan tu kna buat sendiri melainkan sekolah adik tu boleh bantu.. Try tanya cikgu2 adik & biasanya urusan kita dengan sekolah hanyalah penempatan nak ambil peperiksaan tersebut. Biasanya result tingkatan 6 ditawarkan hanya pd yg layak.. Untuk tahun 2017 tak pasti camana prosesnya. abang lepasan spm 2009 hahaha

      Delete
    2. Oh...mcm tu..
      Terima kasih atas jawapannye..

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Salam,nk tnye la macam mana nak ambik paper ulangan bagi subjek bahasa inggeris ye?..sye ambik spm tahun 2011..boleh tolong jelaskn..tq admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tgk link kat atas tu cara-cara nak daftar. :)

      Delete
  16. Kita kena ppd yang terdekat ke untuk daftar spm ulangan... Saya nak ambik spm ulangan november.. Boleh daftar lagi ke?? Mintak Pencerahan

    ReplyDelete
  17. Salam...sy spm 2005 tp bnyak paper yg x dpt hadir... kalau sy nak ulang boleh ke ambil mata pelajran yg wajib sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole je.. cuma untuk sambung study susah skit la & ada sesetengah tmpt kerja tu mmg dia nak ada subjek2 yg khusus sblm dia terima org bekerja...

      Delete
  18. assalamualaikum..saya bakal mengambil spm persendirian bulan november nanti..boleh saya tahu ujian lisan cuma untuk bm dan bi sahaja ke.?dan perlu ke saya menduduki peperiksaan percubaan..?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Tuan, saya ingin bertanya saya tidak pernah menduduki mana-mana peperiksaan (dibaca, tidak pernah ke sekolah). Bolehkah saya memohon untuk mengambil peperiksaan SPM?

    ReplyDelete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah