Bergaya Smart Stail 'Nerdy'

By Zulasri Ashaari - July 31, 2013



Smart Nerd

Siapa kata golongan 'nerd' tidak boleh bergaya dan gaya ulat buku tidak menarik untuk digayakan? Golongan yang digambarkan sebagai si bijak, berkaca mata tebal dan tidak pandai bergaya ini sering dilabel sebagai orang yang ketinggalan zaman. Kini, stail 'nerd' tidak lagi menjadi bahan ketawa sebaliknya gaya mesti diikuti oleh kebanyakan jejaka.



SMART NERD

Permainan warna hitam dan putih adalah warna selamat untuk berpenampilan formal. Pilih kemeja berlengan panjang berwarna putih dan padankan dengan tali leher skinny berwarna hitam. Jika anda mengenakan kemeja putih berlengan pendek, anda boleh membangkitkan mood retro ke pejabat. Seluar skinny dan tali pinggang hitam memang tidak boleh dipisahkan.



Penampilan tidak cukup 'nerd' tanpa padanan aksesori seperti braces suspenders. Pilih braces suspenders skinny berwarna hitam untuk memberi kontra pada kemeja anda. Cermin mata bulat vintage seperti kegemaran mendiang John Lennon dan dipopularkan oleh Johnny Depp ini sangat sesuai untuk semua bentuk wajah anda. Jangan lupa sikat rambut tepi dengan rapi atau mintak saja pakar rambut potong rambut dan katakan anda minta potongan nerd chic.



KASUAL NERD

Baju t berleher bentuk V atau baju t berkolar memang pakaian yang cukup selesa untuk anda lebih-lebih lagi sesuai dengan situasi cuaca di sini. Seluar jeans hitam atau biru jenis straight leg atau skinny boleh diadaptasi untuk gaya 'nerd' versi moden. Awas! Jauhi seluar berkotak kerana ia tidak padan dengan baju t anda.



Untuk menampakkan diri anda seorang 'nerd' yang bergaya, potongan rambut asymmetric atau messy mohawks adalah pilihan terbaik. Dari segi kasut pula, pilih kasut kasual bertali dan tanpa tali seperti loafers berwarna gelap dan sneakers putih. Cermin mata petak dan bingkai tebal hitam yang dikenali sebagai Wayfarer merupakan cermin mata yang laris dijual dalam sejarah. Malah, ia dikatakan aksesori budaya ikon pop yang banyak digunakan oleh kebanyakan selebriti setelah 50 tahun terdahulu. Kini, Wayfarer kembali untuk tampil lebih cool buat si pemakai.


Jadi, adakah anda berani untuk bergaya 'Nerdy'? Kadangkala ia bukan kerana pakaian, tetapi bagaimana anda membawakan fesyen tersebut. Nerd atau tidak, anda masih boleh bergaya dan membangkit aura dengan gaya anda sepanjang masa!

sumber : Majalah Maskulin

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Perghhh.. Hebat nau.. Bagi muja.. Girlz lgi senang nak tentukan fesyen dorg.. Gaya boyish pun ade utk gegel.. Tp kalau bg gaya girlish kat boboi mmg tak la kan.. Ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..lelaki ni yg payah sikit..hantam ja bha pakai kan? hahaha lelaki tak jaga sangat cam pompuan pun..haha

      Delete
  2. yang nerd kalau bergaya dan kena gayanya memang akan menarik perhatian, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA..yang penting pandai menyesuaikannya je lah kan ? HEHE

      Delete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah