Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Pernah Terlanjur Berbuat Zina. Perlukah Jujur kepada Pasangan ??

Assalamu’alaikum Bro ,
 Saya telah bertunang dengan seorang lelaki yang baik dan akan berkahwin tidak lama lagi. Masalah saya adalah beliau tidak banyak mengetahui tentang kisah silam saya. Saya telah melakukan kesilapan dan saya amat menyesali perbuatan itu. Saya telah kehilangan sesuatu yang berharga, sesuatu yang hanya patut diberikan kepada seorang suami yang sah. Saya merasa kesal kerana merahsiakan hal ini daripada beliau. Namun, saya khuatir tidak akan menjumpai lagi lelaki sebaik beliau. 

(Artikel yang amat fakir ini bukan khusus untuk menjawab soalan di atas. Namun, mudah-mudahan ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam mencari jawapan. Mudah-mudahan para pembaca dapat memberi pandangan, terima kasih.)



Ini adalah suatu kesulitan yang amat besar. Cerita salah, tak cerita rasa bersalah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Namun seperti biasa, apabila kita menghadapi kebuntuan di dalam sesuatu hal, kembalilah kita merujuk Al-Quran dan hadith.

Secara ringkasnya, seseorang hanya di…

Harimau Beranak Babi

Seekor harimau betina ini kehilangan anaknya kerana pra-matang. Tak lama selepas tu, harimau betina ini menjadi tertekan dan kesihatannya merosot di mana kemudiannya disahkan menghidap kemurungan yang kronik.

Oleh kerana spesis ini agak terancam, pelbagai usaha dilakukan Zoologist untuk mengembalikan kesihatannya. Akhirnya, cara yang diputuskan adalah membalut anak babi dengan kain bercorak Harimau.

Usaha tersebut tidak sia-sia kerana harimau betina ini kembali pulih dan menyanyangi anak babi tersebut sama seperti anaknya sendiri.

Haiwan juga punya perasaan sayangkan anak mereka. Sebab tu manusia jangan la bodoh sangat pergi buang anak. -