Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Mengatasi Anak Susah Makan Sayur

1. Ubah beberapa jenis makanan kegemaran anak anda. Caranya dengan mencampurkan makanan tersebut dengan pelbagai sayur-sayuran, seperti lobak merah, brokoli, bayam dan lain. Jangan sampai si anak mengetahui bahawa makanan kegemarannya telah dicampur dengan sayur-sayuran. Semakin anda kreatif mengubahsuai makanan yang mengandungi sayur dan buah untuk anak anda, maka keperluan nutrisi anak pun akan dipenuhi.

2. Ajak anak anda untuk makan bersama. Ketika makan bersama anak anda, cubalah untuk mengambil sayur, kerana hal tersebut akan menjadi contoh yang baik, dan si anak mungkin boleh saja mengikuti memakan apa yang anda makan.

3. Jika boleh, ajak anak anda untuk ikut memasak sayur. Contohnya membantu mencuci sayur-sayuran, dan biarkan si anak sesekali untuk mengacau sayur-sayuran yang sedang dibuat. Dengan dengan cara ini anakanda akan tertarik untuk mencuba sayur-sayuran yang telah dibuatnya.

cARA UNTUK TIDAK MUDAH JATUH CINTA

1. Jangan jadikan jatuh cinta sebagai pilihan anda. Jatuh cinta tidaklah salah tetapi apabila anda tidak bersedia untuk menempuh alam rumah tangga dan masih tidak berkemampuan, mengapa perlu hati disesakkan dengan satu lagi cinta? Lebih-lebih lagi ditujukan bagi adik-adik yang masih belajar di peringkat sekolah dan yang baharu melangkah ke IPT. Rumah tanga tidak akan bahagia jika hanya ada cinta sahaja. Tuntutlah ilmu-ilmu berkaitan terlebih dahulu dan dalami ilmu agama. Belajar memikul tanggungjawab dengan melakukan tugasan rumah.

2. Menjaga pandangan mata anda. Hal ini telah disebutkan Allah di dalam Al-Quran didalam surah an-nur. “ Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya… Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya ( An-Nur :30 dan 31)

Pandangan mata seharusnya bukan sahaja dijaga di alam realiti walhal di alam maya sekalipun. Seorang mukmin tidak sewenang-wenangnya melihat-melihat gambar yang berlainan jantina s…

[WAJIB BACA] Taktik Terkini Penipuan Mekanik Jalanan, Hati-hati !!

Kisah benar yang berlaku kepada seorang sahabat apabila hampir ditipu oleh samseng jalanan yang menyamar sebagai mekanik untuk mengaut keuntungan lebih.

Sumber: HOTLIPS CORNER

Dlm prjlnan dr Bangi ke UMKL, saya singgah di Hentian Serdang, utk ke bilik air. Lps tol Sg Besi, lelaki kanan (yg agkt tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar depan kereta. Saya pn brhenti tp x keluar, takut niat x baik. Dia kata tayar abg berasap. Saya tgok dr dlm kereta, ada minyak meleleh di rim tayar, mcm myk brek.
Lps tgok myk meleleh tu, rasa cuak jga. Sbb brek mmg ada bunyi sikit sblm ni. Lelaki India yg agkt tgn tgi tu pakai baju Honda, mgaku kerja kt Pusat Servis Honda (Global Amity) yg berdekatan & ofer nk bantu. Dia kata kena pegi tepi sikit kwsn lpg, nanti kalau org/kwn Honda nmpk, dia kena tindkn disiplin.
Oleh krn mcm bole prcaya, saya pun pergi ekori dia pegi kwsn ksong sblh Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check set brek (calipter). Dia kata mungk…

Gambar Kereta Ferrari Kemalangan di Malaysia

Gambar Kereta Ferrari Kemalangan di Karak

Semalam telah dilaporkan satu kemalangan yang melibatkan kereta mewah Ferrari bernombor pendaftaran Singapura.

Kereta itu merupakan salah satu kereta dari konvoi Ferrari dan dikatakan jalan licin akibat hujan punca kereta terbabas.

[wajib baca] Lagi satu taktik sindiket penipuan penculikkan

Tersebar satu lagi kisah yang sedih apabila dibaca kerana ianya melibatkan kanak-kanak. Kali ini berbeza sedikit. Kanak-kanak telah dijadikan ejen atau dipergunakkan untuk mendapatkan wang dengan mudah.

Jom baca cara terbaru penjenayah ini.

Sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.., tiba2 datang seorg kanak2 lelaki Melayu dlm lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja saya & berkata: Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2 tak?
Saya jawab: Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebih.
Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: Ala Max ice-cream mcm tu pun nak berkira., belikan la aje kat budak tu.”
Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia approach dia dan berkata “Awak culik anak saya ye”…budak tu pun berkata: Ayah ni la pakcik yg suruh…

Cara menghilangkan rasa Bosan

Rasa bosan timbul apabila anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tiada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, rasa bosan petanda besar anda adalah orang yang tidak ada matlamat.

1. Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa yang hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu di sekeling yang boleh anda lakukan.

2. Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Tetapkan satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. Selepas itu berusahalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Buat dan terus buat. J…

Cara Baru HIV/AIDS Tersebar

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum
membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif
seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen
Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau
telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila
berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum
penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg …

Hindu ada Karma , Islam ada Kifarah

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi…

cara Untuk Mencapai Matlamat Hidup

1. Ikhlaskan niat melakukan sesuatu perkara. Fikirkan kejayaan yang bakal diperoleh, hasil daripada usaha yang dilakukan beserta tawakal yang kuat kepada Allah s.w.t. Secara tidak langsung, ini akan menjadi suntikan ke arah kecemerlangan anda.

2. Jangan terlalu masukkan perkara-perkara negatif yang bakal anda hadapi ke dalam minda anda. Kesemua ini akan menjadi batu penghalang besar kepada pencapaian matlamat hidup anda.

3. Banyakkan Latihan dari segi fizikal dan mental

4. Sentiasa memotivasikan diri kearah kejayaan.

5. Bergaul dengan orang yang mempunyai matlamat yang sama seperti anda

10 Sebab Kenapa Free Hair Lagi Bagus Dari Bertudung

1) Eleh, ni nak habaq mai..yg sembahyang tunggang terbalik tu pun belum tentu masuk syurga tau..pelacur yang bagi anjing minum tu Allah masukkan dia ke syurga. U olz jangan nak sesuka hati menilai i olzz berpakaian! Allah je yang berhak nak judge kita..huh

gegurlz..memang sembahyang itu bukan jaminan untuk masuk ke syurga, namun begitu yang membuka aurat itu PASTI masuk neraka!

2) Pakai baju jarang ke kain sendat ke, itu hak kami! Kalau tak suke JANGAN tengok, hey kalau itu tak boleh, ini tak boleh, ko pergi hidup dlm hutan la..kolot! tak reti hidup bermasyarakat..

Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk mnahan godaan syaitan?

3) Seksi itu subjektif ok! bagi kami apa yang kami pakai ni xseksi pun, awk tu lain la..kami pakai macam ni pun dah bising-bising..gila sex eh?

Wahai kaum wanita, haruslah anda sedar, subjektif atau objektif..anda tetap dikira berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut, ini bukan saya kata..dalam al…

Cara Bergaul Dengan Orang Yang Di Benci

1. Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari. Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda. Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.

2. Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda, sebab anda ada aura yang menyenangkan. Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda. Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran anda. Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang dengan sesiapa sahaja. Jika …

Orang Yang Nak Potong Kote Forever Alone ??

Cara Memberikan Kasih Sayang Yang Adil Pada Anak-Anak

1.Berikan kasih sayang yang sama terhadap anak-anak, tanpa membedakan mereka samada sulung, tengah ataupun bongsu.

2.Jika seorang anak memiliki tingkat kecerdasan lebih dari anggota keluarga yang lain, berikan pujian kepadanya secara wajar dan tidak berlebihan. Jangan sampai puji-pujian itu membandingkannya dengan anggota yang lainnya. Sikap suka membanding merupakan pesan negatif yang diterima anak yang belum faham perbezaan.

3.Selalu memberika motivasi untuk semua keluarga, meskipun ada di antara anak-anak yang gagal atau belum berhasil mendapatkan sesuatu berilah semangat kepadanya, Hiburlah mereka dan jangan menyalahkan atau menghukumnya.

4.Kejayaan anak-anak sebenarnya bergantung pada kejayaan kita sebagai orang tua dalam mendidiknya. Maka dari itu jadilah orang tua yang cerdas dan bijak.

Kenapa Doktor Memakai Baju Hijau ?

1. Dalam bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan.
Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk. Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

2. Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. Jika warna baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan…

Gambar Kad Pengenalan Noh Hujan

Wow stylo gile rambut Noh Hujan dalam kad pengenalannya. Macam tocang orang samurai Jepun. Mungkin ketika ambil gambar ni rambut Noh panjang jadi juru foto suruh beliau ikat rambut agar nampak lebih kemas.

Sebab Lelaki Sering meninggallkan anda

1. Menurut sesetengah orang lelaki, sewaktu mula hangat bercinta dahulu, wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri, menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.





2. Sedang masa berlalu, wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dahulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.




3. Lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Cara Menghilangkan Gemuruh

Perasaan gemuruh adalah perkara lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara automatik. Kesannya adalah seperti berikut:

1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit

Petua untuk mengatasinya ialah dengan cara berikut:

1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam-dalam, maka cuba gunakan tangan kanan pegang di bahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. Jika kedua-dua tangan terasa bergerak, maka an…

Petua Untuk Memulakan Perniagaan Kecil-Kecilan

MARI BELAJAR BERSAMA UNCLE ZUL

1. Niat atau Perancangan. Untuk memulakan sesuatu, niat atau nawaitu anda, tahu apa yang anda hendak lakukan ialah akan memberi kesan kepada kemudian hari, samaada jangkamasa pendek atau panjang. Sudah semestinya menceburi bidang ini anda hendakkan sesuatu yang terbaik demi mengubah kehidupan anda nanti. Tetapi dalam impian mengejar cita-cita itu, adakah anda telah bersedia dari segi ilmu, daya ketahanan moral, wang ringgit dan sebagainya? Perancangan anda dalam setiap langkah yang anda aturkan memerlukan satu keputusan yang jitu agar tidak silap di kemudian hari. Pastikan anda tahu apa kesan-kesan yang akan mempengaruhi tindakan yang anda lakukan.

2. Dapatkan ilmu - Sebelum memulakan sesuatu, anda hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin anda ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat di mana anda boleh belajar membuat kek. Proses pembelajaran …