Mari Belajar Elektrik : Sistem Digital vs Sistem Analog

By Zulasri Ashaari - July 21, 2012

Sistem Analog adalah suatu bentuk komunikasi elektronik yang merupakan proses penghantaran maklumat pada gelombang elektromaknetik, dan bersifat pembolehubah dan berterusan atau disebut juga dengan isyarat analog. Contohnya isyarat gambar pada televisyen, atau suara pada radio yang dihantar berterusan. Analog merupakan proses penghantaran isyarat dalam bentuk gelombang. Misalnya ketika seseorang berkomunikasi dengan menggunakan telefon, maka suara yang dihantar melalui rangkaian telefon tersebut dilewatkan melalui gelombang. Dan kemudian, apabila gelombang-gelombang ini diterima, maka gelombang tersebutlah yang diterjemahkan semula ke dalam bentuk suara, sehingga si penerima boleh mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah lain dari komunikasi tersebut.


Sistem Digital merupakan hasil teknologi yang mengubah isyarat menjadi kombinasi urutan bilangan 0 dan 1 (disebut juga dengan binari) untuk proses maklumat yang mudah, cepat dan tepat. Isyarat tersebut disebut sebuah bit.
Istilah digital adalah menunjuk kepada jari-jari kaki dan tangan, yang telah digunakan selama ribuan tahun untuk menghitung dan menggambarkan data-data nombor. Teknologi digital pada dasarnya hanyalah sistem menghitung dengan cepat yang memproses semua bentuk maklumat sebagai nilai-nilai nombor. Sebelum terjadi perkembangan dari digital moden, hampir semua sistem menghitung dan komunikasi adalah analog. Teknologi analog pada dasarnya hanyalah alat yang sederhana dengan program yang tertentu sahaja seperti contohnya komputer analog. Komputer-komputer analog pada dasarnya adalah alat ukur. Mereka tanggap dalam mengukur kondsi-keadaan yang berubah-ubah. Komputer analog biasa dipasang dalam mesin-mesin untuk memberikan sebuah maklumat dan kawalan automatik.

Namun meski sangat berguna, semua komputer analog buatan manusia mempunyai kelemahan besar iaitu mereka tidak dapat mengukur dengan teliti. Masalahnya terletak pada kemampuan mereka untuk secara konsisten terus menerus merakam perubahan yang terus menerus berlaku. Pada setiap pengukuran , pastinya akan menimbulkan rasa ragu-ragu dengan ketepatannya.
Berbeza dengan komputer analog, komputer digital mampu melakukan ukuran yang jauh lebih tepat kerana komputer tersebut tidak melakukan sebarang keraguan-raguan dan cukup teliti dan cepat.

CONTOH ALAT YANG MENGGUNAKAN SISTEM  ANALOG


Analog Multimeter


Alat mengira

CONTOH ALAT YANG MENGGUNAKAN SISTEM DIGITAL

Conversion Calculator
CALCULATOR


DIGITAL MULTIMETER

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah