Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Lagu Raya Yang Lawak

Assalammualaikum Dan salam Ramadhan saya ucapkan.
Apa Khbar semua ? Harap korang sihat-sihat belaka je lah ya? Sementara menunggu berbuka puasa tu, jom tengok dulu video ni. Hahahaha lawak lah saya tengok. AYUU SUNGGUH !!
ENJOY -_-"

Aksi Siput Babi Berasmara ( 13 Gambar )

Koleksi Rumah Mewah Dato Siti Nurhaliza

Koleksi Gambar Rumah Banglo Mewah Siti Nurhaliza Di Empat Lokasi Yang Berbeza. Semua sudah maklum bahawa kekayaan Datuk Siti Nurhaliza Dan suaminya Datuk K membuatkan Siti mampu memiliki dan membeli hampir 4 buah rumah banglo di Malaysia. Jom lihat gambar rumah Siti Nurhaliza.



Rumah Siti Nurhaliza di Cameron Highland



Rumah asal Siti Nurhaliza di Pahang yang diubahsuai menjadi sebuah banglo mewah dan dihuni oleh ibunya ketika ini.





Rumah utama Datuk K dan Siti Nurhaliza yang terletak di kawasan penempatan elit di Bukit Antarabangsa. Rumah ini adalah antara kediaman termewah dikawasan tersebut dan boleh diumpamakan sebuah mahligai dan bukannya rumah biasa.



Rumah banglo Siti Nurhaliza di Cheras.

20+++ Mutiara Kata Dan Ayat-Ayat Motivasi Yang Cool

Ayat Motivasi dan Mutiara KataSemiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – HukamaJika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa ArabHarta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley SheridanKamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – VoltaireSetiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel JohnsonSeseorang yang jujur diteri…

Duit Baru Malaysia Sama Dengan Duit Cina Mati?

Mesti ramai pelik kenapa duit keluaran baru Malaysia 2012 sama dengan duit cina bagi orang mati. Disini, kami ingin beri penjelasan bahawa duit cina tersebut dikenali sebagai Hell Money telah meniru rekaan duit Malaysia.
Untuk pengetahuan, duit kertas terbaru telah direka bermula pada tahun 2005 dan dibuat berdasarkan konsep negara ini. Pada akhir tahun 2011, kesemua gambar duit baru ini telah dipaparkan kepada umum melalui media blog mahupun akhbar. Ada kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru oleh duit bagi orang cina yang telah meninggal.


Perkhidmatan Header

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA SEMUA
Memandangkan Mr. Dracula baru je nak mengaktifkan diri dalam dunia blog ni, Mr. Dracula pun nak jugalah mencuba untuk memberikan perkhidmatan pembuatan Header untuk blog anda. Tempahan boleh di buat di sini
BAYARAN : RM10 ( Boleh dibayar melalui Top Up ).
Mr.Dracula menggunakan FREEBIES yang telah diberikan secara percuma daripada blog lain untuk membuat header ( Thanks pada mereka yang memberikan FREEBIES ini ) Boleh juga menggunakan gambar anda seperti  header kat bawa ni.CONTOH-CONTOH HEADER HASIL TANGAN MR.DRACULA







Simple je kan?? tempah lah sekarang.. Murah dah tuu :)
Letak iklan semurah RM 5







Ada Simbol Seks di Sejadah?

Subliminal message atau mesej bawah sadar merupakan signal atau pesanan yang terdapat dalam medium lain, yang dirancang untuk melewati di atas normal fikiran / persepsi manusia. Mesej itu sebenarnya tidak disedari/ diketahui, namun dalam situasi tertentu ia dapat mempengaruhi fikiran, perilaku, tindakan, sikap, sistem kepercayaan dan sistem nilai secara positif mahupun negatif. Istilah bawah sadar bererti “ beneath alimen “.

Subliminal berasal dari bahasa Latin, kata sub yang bererti di bawah, dan limen, yang bererti batasan/sempadan (This is from the Latin words sub, meaning under, and limen, meaning theshold).

Samaada secara sengaja atau tidak sengaja, ada gambar/imej yang menampakkan mesej berbaur seks pada gambar sejadah, karpet alas untuk solat di masjid-masjid. Sejadah jenis ini sudah tersebar ke masjid-masjid, namun sayang masyarakat/ jama’ah masjid tidak menyedari bahawa karpet/sejadah yang mereka guna setiap hari sebenarnya bergambar porno.


Mungkin sepintas itu kita tidak dapat …

Kesempurnaan Wudhuk

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA !
Dah buka posa ? Mestilah sudah kan..haha siapa juga mau berbuka lambat-lambat. Ok, hari ni nak kongsi tentang kesempurnaan wudhuk pula. Mungkin ada dikalangan anda ni dan tau kan? yalah, kan ramai orang bijak-bijak belaka kat Malaysia ni. hehe. Tp Mr.Dracula xkisah , Saya nak share juga untuk dapat pahala di bulan mulia ni. hehe


Hadith:
Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”

(Muslim)

Huraian
Wudhuk mempunyai enam rukun dan syarat sah wudhuk bergantung kepada enam rukun tersebut. Jika tertinggal atau sengaja meninggalkan salah satu daripada rukun itu, maka wudhuk dikira tidak sah. Rukun-rukun wudhuk ialah:-

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengambil wudhuk yang ert…

Mengapa Yahudi Terlalu Inginkan Baitulmaqdis?

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan mela…

Mari Belajar Elektrik : Sistem Pendawaian Tersembunyi Dan Sistem Pendawaian Permukaan

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA 
Hari kedua kita berpuasa, apa khabar Follower-Follower ku yang tersayang? Sihat ? Harap korang sihat je lah ye , Klo yang sakit tu pun , kalau dah tak tahan nak puasa Berbuka je lah. Tp jangan berbuka depan orang yang berpuasa tau. Nanti ada nanti kna Pelempang..Haha. Ok, Pagi ni, Mr.Dracula dapat Request dari salah seorang rakan yang meminta saya untuk menerangkan serba sedikit berkenaan " Sistem Pendawaian Tersembunyi Dan Sistem Pendawaian Permukaan " . Memang payah nak ingat balik benda ni. Almaklumlah , Mr. Dracula belajar benda ni pada semester 1 lagi di Politeknik Kota Kinabalu. Tapi takpa, demi rakan-rakan yang tercinta, Mr. Dracula mencari balik buku yang telah sekian lama tak disentuh itu.


Request daripada si Cantik rupawan " ms. Nuratiqah "



Sistem-Sistem Pendawaian Sistem pendawaian adalah merupakan pemasangan litar-litar yang mengandungi pengalir, penebat dan perlindungan mekanik untuk kabel yang digunakan.Ia nya j…

Mari Belajar Elektrik : Sistem Digital vs Sistem Analog

Sistem Analog adalah suatu bentuk komunikasi elektronik yang merupakan proses penghantaran maklumat pada gelombang elektromaknetik, dan bersifat pembolehubah dan berterusan atau disebut juga dengan isyarat analog. Contohnya isyarat gambar pada televisyen, atau suara pada radio yang dihantar berterusan. Analog merupakan proses penghantaran isyarat dalam bentuk gelombang. Misalnya ketika seseorang berkomunikasi dengan menggunakan telefon, maka suara yang dihantar melalui rangkaian telefon tersebut dilewatkan melalui gelombang. Dan kemudian, apabila gelombang-gelombang ini diterima, maka gelombang tersebutlah yang diterjemahkan semula ke dalam bentuk suara, sehingga si penerima boleh mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah lain dari komunikasi tersebut.


Sistem Digitalmerupakan hasil teknologi yang mengubah isyarat menjadi kombinasi urutan bilangan 0 dan 1 (disebut juga dengan binari) untuk proses maklumat yang mudah, cepat dan tepat. Isyarat tersebut disebut sebuah bit. Istilah dig…

TIPS BERTAHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA

Apa khabar para Followers ku yang tersayang ? Harap korang sihat-sihat belaka lah yee. Yang belum follow tu , Click button Follow cepat. hahaha Gurau je . Di kesempatan ini, MR.Dracula ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh kaum muslim di Dunia . 1st day puasa ni mesti ada yang tak tahan lah , tak larat lah dan bermacam-macam alasan. Tapi itu semua kan dugaan, Kita tahan tu semua sampai terbenam matahari je pun. Cuba fikir kat Orang yang tak mampu nak makan walau sehari dan sanggup berlapar berhari-hari macam kat Palestin tu. ALAMAK, Cakap banyak pula saya ni, hari ni MR. Dracula nak SHARE Tips-tips untuk berpuasa di Bulan Ramadhan ini.
TIPS UNTUK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN

1) untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur

2) untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur

3) perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk…

MARI BELAJAR ELEKTRIK :ARUS ULANG-ALIK

Hello Semua . Ok , korang pun tau kan , ni adalah entry kedua Mr. Dracula untuk Subjek elektrik nie.Semua ni Mr. Dracula kongsikan adalah untuk berkongsi ilmu Mr. Dracula di samping dapat meningkatkan lagi ingatan Mr. Dracula kepada subjek ni. Kira Refresh balik lah ni .. hehehe Mr. Dracula pun hanya lah manusia biasa yang tidak mampu untuk mengingati semua perkara. OKAY ! Toksah dok panjang lebar bercakap, hari ni kita belajar tentang ARUS Ulang-Alik ( AU ).
APA SEBENARNYA ARUS ULANG-ALIK NI ?

Arus ulang-alik (AC, juga AU) merupakan satu bentuk arus elektrik yang arah alirannya berulang-alik, tidak seperti arus terus (DC atau AT), yang mana arah alirannya adalah tetap. Bentuk gelombang yang lazim bagi arus AC adalah dalam bentuk gelombang sinus, memandangkan ia menghasilkan satu bentuk penghantaran elektrik yang paling cekap. Walau bagaimanapun di sesetengah aplikasi pula bentuk gelombang yang berbeza digunakan, seperti bentuk gelombang segitiga ataupun gelombang segiempat sama.

Secara…